Download Minions ParadisePermaianan Minions Paradise Hadir Untuk Pengguna Android Dan iOS

Bersempena dengan Filem animasi Minion (2015) yang akan ditayangkan pada 18 June ini di panggung wayang seluruh Malaysia, Electronic Art telah melancarkan permainan baru yang berjudul Minions Paradise untuk pengguna Android dan iOS.

Berbeza dengan permainan sedia ada Despicable Me: Minion Rush, permainan baru ini hadir dengan jalan cerita yang lebih menarik. Ia mengisahkan minion yang bernama Phil yang secara tidak sengaja telah mengaramkan sebuah kapal penuh dengan minion di sebuah pulau yang kosong.

Download Minions Paradise

Tugas anda ialah membantu Phil dengan membina segala kelengkapan untuk hidup di pulau tersebut. Permainan ala-ala tycoon ini juga hadir dengan beberapa permainan mini yang menarik.

Minion Paradise boleh dimuat turun secara percuma di Google Play dan Apps Store. Namun buat masa ini, permainan ini terhad untuk beberapa negara sahaja sebelum ia dilancarkan sepenuhnya pada 7 July ini.

Muat Turun : Minions Paradise Untuk Android dan iOS