Sonic RunnersPermainan Sonic Runners Hadir Untuk Peranti Android

Siapa yang tidak tahu permainan larian tanpa penghujung daripada SEGA ini yang sebelum ini terkenal di konsol-konsol permainan dan juga PC. Dengan watak utama Hedgehog atau landak biru yang bernama Sonic akan menyelesaikan misinya setiap peringkat dengan larian penuh rintangan. 

Baru-baru ini, permainan klasik ini hadir untuk peranti Android yang dinamakan sebagai Sonic Runners. Sebenarnya ini merupakan permainan Sonic ke-3 yang hadir di Google Play Selepas Sonic The Hedgehog dan juga Sonic Jump Fever. Ia merupakan kemaskini kepada Sonic The Hedgehog dengan grafik yang lebih baik, jalan cerita yang lebih menarik serta ditawarkan secara percuma.

Cara kawalan juga begitu mudah, anda hanya perlu sentuh pada skrin untuk buatkan ia belari serta melompat bagi mengutip segala shiling emas yang terdapat sepanjang perjalanan. Bukan iti sahaja, SEGA turut memmperkenalkan watak Tails dan Knuckles dengan kebolehan yang berbeza.

Sonic Runners sudah tersedia di Google Play yang boleh dimuat turun secara percuma. Namun ia merupakan permainan freemium dimana sesetengah item didalam permainan perlu dibeli menggunakan duit sebenar.