Harga Huawei P8Huawei P8 Hadir Di Pasaran dengan Harga RM1799

Huawei P8 yang telah dilancarkan April yang lalu kini dilihat telah tersenarai di vmall.my yang merupakan laman jualan rasmi peranti Huawei. Melalui laman tersebut, Huawei kini sedang menerima penaftaran minat terhadap produk tersebut sehingga 18 June ini. Untuk harga Huawei P8 pula, ia akan dipasarkan pada harga RM1799 yang hadir dengan dua pilihan warna hitam dan putih.

Pada asalnya, peranti  hadir dengan tiga variasi Huawei P8Huawei P8 Lite dan Huawei P8 Max. Namun, buat masa ini hanya model Huawei P8 yang memasuki pasaran Malaysia. Masih tiada berita untuk dua model lagi sama ada akan memasuki pasaran tempatan ataupon tidak.

Huawei P8 Peranti Android 5.0.2 (Lollipop) Hadir Dengan Pemproses 64-Bit Octa-Core, 13 Megapixel OIS kamera, Harga RM1799

Untuk spesifikasinya, telefon pintar ini dilengkapi dengan skrin sebesar v5.2 inci dengan resolusi 1080 x 1920 pixels. Ia dipadukan dengan cip pemproses HiSilicon Kirin 930/935 dengan kepantasan Octa-Core. Ia juga hadir dengan dua pilihan memori dalaman 16 GB dan 64 GB dengan 3 GB RAM.

Sebagai sebuah peranti perdana, Huawei P8 hadir dengan 13 Megapixel kamera yang hadir dengan sokongan penstabilan imej optikal OIS dan Dual LED Flash. Menurut Huawei, model ini merupakan yang pertama menggunakan kamera 13 Megapixel dengan pengambaran 4-warna RGBW dengan kualitinya yang menyamai kamera DSLR.

Spesifikasi Huawei P8

Harga Huawei P8

  • Dilengkapi dengan skrin 5.2 inci, 1080 x 1920 pixels
  • Pemproses HiSilicon Kirin 930/935 Quad-core 2 GHz & quad-core 1.5 GHz
  • 3 GB RAM dan memori dalaman 16/64 GB serta sokongan microSD
  • Dijalankan pada platform Android 5.0 (Lollipop)
  • 13 Megapixel OIS di bahagian belakang dan 8 Megapixel di bahagian hadapan
  • Li-Po 2680 mAh kapasiti bateri
  • Sambungan rangkaian 4G LTE
  • Wifi, GPS, Bluetooth
  • Harga RM1799