Lenovo IdeaCentre Stick 300Lenovo IdeaCentre Stick 300, PC Bersaiz Pendrive

Lenovo telah memperkenalkan PC bersaiz kecil yang dipanggil Lenovo IdeaCentre Stick 300 yang berharga USD 129 atau bersamaan RM500. PC kecil bersaiz pendrive ini hanya perlu disambung ke Port HDMI monitor atau TV kemudian sambungkan ke tetikus dan papan kekunci untuk digunakan. 

Lenovo IdeaCentre Stick 300 hadir dengan pemproses Intel Atom Z3735F Bay trail yang hadir bersama 2 GB RAM. Ia juga menyediakan ruangan memori sebesar 32 GB serta menyokong slot SD untuk memori tambahan. Bukan itu sahaja, peranti ini turut menawarkan sambungan Bluetooth 4.0, Wifi 802.11b/g/n, Port HDMI, port microUSB untuk pengecasan dan port USB penuh untuk sambungan ke tetikus atau papan kekunci.

Lenovo IdeaCentre Stick 300

Didalamnya pula, Lenovo IdeaCentre 300 hadir dengan Windows 8.1 with Bing yang sudah tentunya akan menerima kemas kini Windows 10 pada 29 July ini. Lenovo juga telah menawarkan Microsoft Office 365 dengan percubaan selama 3 bulan.

Lenovo IdeaCentre 300 memiliki saiz yang sangat kecil dengan ukuran 3.9″ x 1.5″ x 0.6″. Ia mudah dibawa kemana mana dan mudah digunakan dan boleh digunakan untuk melayari internet, bermain permainan, juga untuk kegunaan suntingan dokumen dan sebagainya.

Sumber : Lenovo