Setelah pelbagai desas-desus mengenai Meizu MX5 tersebar di internet, Akhirnya, Meizu telah mengumumkan bahawa peranti perdananya itu akan diperkenalkan pada 30 June ini yang akan berlansung di sebuah acara khas yang diadakan di Beijing. [AdsPost]
Miezu mulakan promosi awal pelancaran dengan poster yang mengingatkan kita pada Movie klasik “Full Metal Jacket” yang mengambarkan bahawa model Miezu MX5 akan hadir dengan keranggka logam.
Spesifikasinya boleh dikatakan agak menarik. Ia akan hadir dengan kamera dengan resolusi yang agak besar iaitu 41 Megapixel buatan Nokia yang mungkin mengingatkan kita pada Lumia 1020 yang menggunakan kamera yang sama. Dari sumber lain turut menyebut peranti ini akan hadir dengan 20 Megapixel kamera.
Bagi prestasinya pula, Meizu MX5 bakal dikuasai oleh cip pemproses Mediatek Helio X10 dengan 3 GB RAM. Di bahagian hadapannya pula, peranti ini dilengkapi dengan 5.5 inci skrin dengan resolusi QHD. Untuk maklumat lain masih lagi belum banyak didedahkan.
Kita akan lihat pada 30 June ini untuk maklumat lanjut mengenai peranti ini.
Sumber : AndroidHeadline