Microsoft Power Bank Untuk LumiaMicrosoft Memperkenalkan 3 Power Bank Untuk Peranti Lumia

Microsoft telah memperkenalkan 3 power bank yang telah direka khas untuk peranti Lumia atau tablet Surface bagi memastikan ia mendapat bekalan bateri yang mengcukupi dengan jangka hayat yang lebih lama. Power bank yang dinamakan sebagai  Microsoft Portable Dual Charger hadir dalam 3 kapasiti yang berbeza iaitu 5200mAh,  9000mAh dan 12000mAh.

Ketiga-tiga model ini hadir 2 slot microUSB yang membenarkan dua peranti dicas secara serentak. Menurut Microsoft, power bank ini hadir dengan fungsi yang dinamakan “Daisy Chain” dimana ia membenarkan anda mengecas peranti anda pada masa yang sama ia disambung pada soket di dinding.

Microsoft Portable Dual Charger

Harga Power Bank dari Microsoft :

  • Microsoft Portable Dual Charger (5200mAh) – USD 35 (RM130)
  • Microsoft Portable Dual Charger (9000mAh) – USD 45 (RM170)
  • Microsoft Portable Dual Charger (12000mAh) – USD 55 (RM200)

Ketiga-tiga model powebank ini dijangka akan dipasaran terpilih bermula minggu hadapan. Berkemungkinan besar ia juga akan turut hadir untuk pasaran Malaysia.

Sumber : Microsoft