Muat Turun Permainan Rush Star - Bike Adventure Muat Turun Permainan Rush Star – Bike Adventure Untuk Android

Permainan perlumbaan kelajuan semakin mendapt tempat sejak dulu lagi. Permainan Endless Running seperti Subway Surfers, Temple Run antara yang popular di peranti-peranti mudah alih tidak kiralah Android, iOS mahupon Windows Phone. 

Untuk kategori yang sama namun dengan aksi yang lebih mencabar, Jellybus Inc. telah memperkenalkan Rush Star – Bike Adventure, sebuah permainan perlumbaan motorsikal dengan aksi yang lebih mencabar.

Rush Star memiliki cara permainan yang mudah, namun anda harus pantas mengawalnya supaya ia tidak berlanggar dengan halangan di hadapannya. Setiap level memiliki tahap yang semakin mencabar.

Rush Star – Bike Adventure

Untuk permainan ini, ia hadir dengan 6 tema dengan mod yang berbeza. Ia juga hadir dengam pelbagai koleksi motorsikal dari model klasik hinggalah ke model moden. Bukan itu saja, pelbagai objek yang boleh dikutip sepanjang perlumbaan dimana objek-objek tersebut memiliki fungsi dan kelebihan tersendiri.

Permainan Rush Star – Bike Adventure boleh dimuat turun secara percuma untuk pengguna Android di Google Play.