Router Internet Xiaomi Mi WiFi Router Xiaomi Mi WiFi Dengan Ruang Memori Sehingga 6TB

Hari ini, Xiaomi telah mengumumkan Router Xiaomi Mi WiFi yang hadir dengan ruang storan sehingga 6TB. Majlis bersama media yang berlansung di Beijing itu memperlihatkan dua model Router Xiaomi Mi WiFi dengan pilihan 1TB dan 6TB memori dalaman yang boleh menyimpan beribu file gambar, lagu mahupon video.

Router yang memiliki PCB dual antena ini menyokong Wifi jenis 802.11ac yang dipadukan oleh pemproses Broadcom 4709C Dual-Core 1.4GHz yang menawarkan sambungan berkelajuan tinggi. Bagi harganya pula, Model 1TB dijual sekitar 699 Yuan (RM420) dan 2999 Yuan (RM 1805) untuk model 6TB.

Untuk capaian internet yang lebih luas, Xiaomi turut memperkenalkan Mi WiFi Amplifier dengan harga sekitar RM25. Kelebihan untuk anda sekiranya anda pengguna telefon bimbit Xiaomi, iPhone dan produk pintar Yi dimana ia menawarkan sokongan auto-backup untuk peranti anda ke ruangan storan yang terdapat pada Xiaomi Mi WiFi.

Router Internet Xiaomi Mi WiFi

Buat masa ini, masih belum ada sebarang berita mengenai Router Xiaomi Mi WiFi hadir ke pasaran tempatan atau tidak. Anda boleh merujuk di laman Xiaomi untuk maklumat lanjut produk ini.