Spesifikasi Review dan harga Huawei P8 LiteSpesifikasi Review Huawei P8 Lite, Harga RM899 Di Malaysia

Selain peranti perdana Huawei P8 yang diperkenalkan untuk pasaran Malaysia pada harga RM1799, Huawei Malaysia juga telah memperkenalkan satu lagi peranti untuk kelas pertengahan iaitu Huawei P8 Lite dengan harga yang lebih murah iaitu RM899. 

Di bahagian luaran, versi Lite dilihat tidak jauh bezanya dengan Huawei P8. Bezanya ialah peranti ini hadir dengan spesifikasi pertengahan untuk kekalkan harga yang rendah.

Spesifikasi Huawei P8 Lite

Untuk versi Lite, Spesifikasi Huawei P8 Lite hadir dengan pemproses pertengahan. Ia dipadukan dengan Cip 64-Bit HiSilicon Kirin 620 dengan CPU Octa-Core 1.2 GHz. Ia juga hadir dengan 2 GB RAM bagi memastikan fungsi multitasking dapat dijalankan dengan lancar. Selain itu, telefon pintar ini turut membawakan memori dalaman 16 GB serta sokongan slot tambahan sehingga 128 Gb.

Di bahagian hadapan pula, Huawei P8 Lite dilengkapi dengan 5.0 inci skrin. Berbeza dengan model Huawei P8 yang hadir dengan skrin HD penuh 1080p, versi Lite ini dilengkapi dengan resolusi HD 720p dengan ketumpatan skrin 294 PPI.

Spesifikasi Review dan harga Huawei P8 Lite

Huawei P8 Lite juga hadir dengan kamera 13 Megapixel, namun ia tidak disertakan fungsi Penstabilan Imej Optikal seperti yang terdapat pada model P8. Kamera hadapannya juga agak baik digunakan untuk selfie. Ia hadir dengan 5 Megapixel kamera di bahagian hadapan yang lengkap dengan pelbagai mod untuk selfie termasuk Beauty Mode dan sebagainya. Menurut Huawei, kamera yang terdapat pada model ini juga amat baik digunakan ketika kekurangan cahaya. Gambar yang diambil akan cerah dengan warna serta cahaya semulajadi walaupon ketika malam.

Selain itu, Huawei P8 Lite turut menawarkan sambungan internet berkelajuan tinggi 4G LTE yang dikatakan boleh mencapai kepantasan muat turun sehingga 150Mbps. Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada model ini termasuk sokongan dual SIM, kapasiti bateri 2200mAh dan sebagainya.

Kelebihan dan Kekurangan Huawei P8 Lite

Ciri-Ciri Utama :

  • Memiliki pemproses HiSilicon Kirin 620 Octa-core 1.2 GHz dengan memori sistem 2 GB RAM
  • Telah tersedia dipasang dengan platform terbaru Android 5.0.2 Lollipop
  • Skrin 5.0 inci dengan resolusi HD 720p
  • Ruang memori 16 GB serta menyokong slot tambahan sehingga 128 GB
  • Kamera 13 Megapixel, Kamera selfie 5 Megapixel di bahagian hadapan
  • Sambungan 4G LTE dan Dual SIM

Kekurangan Utama :

  • Tiada rakaman video dengan resolusi 4K
  • Bateri yang tidak boleh dibuka
  • Tidak menyokong pengecasan tanpa wayar
  • kapasiti bateri yang agak kecil 2200 mAh

Harga Huawei P8 Lite Untuk Pasaran Malaysia

Untuk pasaran Malaysia, Harga Harga Huawei P8 Lite akan dijual sekitar RM899 yang boleh didapati di vmall.my atau pengedar rasmi Huawei. Harganya dilihat agak berpatutang dengan pakej yang ditawarkan. Ia memiliki reka bentuk yang menarik, spesifikasi yang baik serta kamera dengan resolusi yang besar. Dengan harga dibawah RM900, Ianya salah satu pilihan yang baik.

Untuk peranti lain yang berada sama kelas dengan Huawei P8 Lite seperti dibawah:

Bagi mendapatkan harga terkini Huawei P8 Lite boleh merujuk di senarai harga terbaru Huawei.