Spesifikasi Review dan Harga Huawei P8Spesifikasi Review Huawei P8, Harga RM1799 Di Malaysia

Huawei Malaysia telah mengumumkan peranti perdana, Huawei P8 yang mula dipasarkan di pasaran Malaysia dengan harga RM1799. Ia sudah boleh didapati melalui pengedar rasmi Huawei dan juga kedai online rasmi vmall.my.

Huawei P8 membawakan reka bentuk premium dan elagan. Rekaannya dihasilkan dengan lapisan Gorila Glass di kedua-dua lapisan hadapan dan belakang bagi memastikan permukaannya tidak calar atau pecah. 

Bukan itu sahaja, peranti ini merupakan antara peranti ternipis dengan ketebalan hanya 6.4 mm. Ia juga memiliki berat 144 g yang cukup selesa berada di atas tangan mahupon didalam poket.

Spesifikasi Huawei P8

Huawei P8 hadir dengam skrin sebesar 5.2 inci dengan resolusi HD1080p. Dengan ketumpatan skrin sebanyak 424 PPI sudah cukup membuatkan anda terpukau dengan paparannya yang jelas, terang dan terperinci.

Untuk prestasinya pula, Peranti perdana ini membawakann cip pemproses keluaran Huawei sendiri iaitu HiSilicon Kirin 930 dengan keupayaan Octa-Core CPU. Menurut Huawei, cip pemproses yang digunakan 2X lebih baik berbanding yang digunakan pada model Huawei P7. Untuk telefon pintar ini, Huawei menyedikan dua model yang hadir dengan 16 GB dan 64 GB memori dalaman. Kedua-duanya didatangkan dengan 3 Gb RAM serta slot memori tambahan sehingga 128 GB.

Spesifikasi Review dan Harga Huawei P8

Bagi fungsi pengambaran pula, Huawei dipadankan dengan 13 Megapixel kamera yang lengkap dengan Penstabilan Imej Optikal OIS sepertimana banyak digunakan pada kamera DSLR. Untuk pencahayaan yang lebih semula jadi, Huawei P8 dilengkapi dengan Dual LED flash dengan Dual tona. Di bahagian hadapan pula, peranti ini hadir dengan 8 Megapixel kamera yamg amat sesuai digunakan untuk selfie dan panggilan video.

Kelebihan dan Kekurangan Huawei P8

Huawei P8 boleh dikatakan sudah berada sebaris dengan peranti-peranti perdana yang lain. Jenama Huawei sudah cukup matang dalam industri ini. Oleh sebab itulah ia merupakan jenama smartphone di tempat ke-3 jumlah pasaran terbesar di dunia. Google juga telah pon memberi kepercayaan pada Huawei untuk menghasilkan peranti Nexus pada masa akan datang yang dikatakan berasaskan Huawei P8. Antara kelebihan peranti ini seperti :

  • Memiliki pemproses Octa-Core dengan memori sistem yang cukup besar, 3 GB RAM
  • Telah tersedia dipasang dengan platform terbaru Android 5.0.2 Lollipop
  • Skrin 5.2 inci dengan resolusi HD 1080p
  • Lapisan Gorilla Glass di kedua-dua bahagian bagi menjaganya deri calar dan retak
  • Ruang memori yang besar 64 GB serta menyokong slot tambahan sehingga 128 GB
  • Kamera 13 Megapixel dengan OIS, Kamera selfie 8 Megapixel di bahagian hadapan
  • Sambungan 4G LTE dan Dual SIM

Kekurangan Huawei P8 :

  • Tiada rakaman video dengan resolusi 4K
  • Bateri yang tidak boleh dibuka
  • Tidak menyokong pengecasan tanpa wayar

Harga Huawei P8 Untuk Pasaran Malaysia

Untuk pasaran Malaysia, Harga Huawei P8 dijual sekitar RM1799 untuk versi 16 GB yang hadir dengan dua pilihan warna hitam dan emas. Untuk model 64 GB, mungkin tidak memasuki pasaran tempatan. Untuk mendapatkan harga terbaru Huawei boleh menyemak di Huawei Price List.