Microsoft Lumia 540 Dual SIMMicrosoft Lumia 540 Dual SIM – Skrin 5.0 Inci, Kamera 8 MP, Harga RM569

Microsoft Malaysia telah mengumumkan peranti terbaru untuk pasaran Malaysia iaitu Microsoft Lumia 540 Dual SIM yang merupakan peranti mampu milik yang hadir dengan resolusi HD 720p dan dijual pada harga RM569 untuk pasaran Malaysia.

Microsoft Lumia 540 bukanlah menawarkan perantin yang hebat. Namun dengan harga dibawah RM600 sudah tentu ia salah satu peranti yang boleh dimiliki dan setimpal dengan spesifikasi yang ditawarkan.

Spesifikasi Microsoft Lumia 540 Dual SIM

Peranti mampu milik ini Hadir dengan skrin sebesar 5.0 inci dengan resolusi HD720p (720 x 1280 pixels) dengan ciri-ciri multi sentuhan dan sebagainya. Kerangka luarnya pula tidaklah bergitu berbeza dengan peranti mampu milik Microsoft yang lain. Ia memiliki ketebalan 9.4 mm dan berat 152 g sahaja. Ia juga hadir dengan 4 warna pilihan termasuk biru, oren, putih dan hitam.
Microsoft Lumia 540 Dual SIM
Untuk prestasinya pula, Microsoft Lumia 540 Dual SIM hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 200 Quad Core 1.2 Ghz yang hadir bersama 1 GB RAM yang sudah cukup bagi sebuah peranti mampu milik. Untuk memorinya pula, ia menawarkam 8 GB memori tambahan serta menyokong slot tambahan sehingga 128 Gb untuk menempatkan beribu gambar, file muzik dan juga video.

Untuk peranti ini, Microsoft telah menyediakan 8 Megapixel kamera di bahaiaan belakang yang lengkap dengan LED Flash dan autofokus. Dibahagian hadapan pula, peranti ini menawarkan 4 Megapixel yang boleh digunakan untuk selfie dan panggilan video melalui Skype.

Microsoft Lumia 540 Dual SIM

Selain itu, peranti ini juga hadir dengan sokongan Dual SIM dengan mod aktiv tersedia untuk kedua-dua SIM. Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada peranti ini seperti bateri Li-Ion 2200 mAh, Wifi, Radio dan sebagainya.

Kelebihan dan Kekurangan Microsoft Lumia 540 Dual SIM

Untuk sebuah peranti mampu milik, Lumia 540 sudah memiliki spesifikasi yang baik. Jika dibandingkan dengan harganya, Ia antara salah satu peranti yang berbaloi dimiliki apatah lagi apabila ia tersenarai sebagai peranti yang bakal menerima kemaskini Windows 10. Antara kelebihan yang terdapat pada peranti ini seperti:

  • Hadir dengan fungsi Dual SIM
  • Dilengkapi dengan Skrin 5 inci dengan resolusi HD720p
  • Pemproses Qualcomm Snapdragon 200 Quad-core 1.2 GHz Cortex-A7
  • Bakal menerima kemaskini Windows 10
  • Sokongan slot memori tambahan sehingga 128 GB

Dan ini pula sedikit kelemahan yang boleh didapati pada Lumia 540 Dual Sim

  • Tiada sokongan 4G LTE untuk capaian internet berkelajuan tinggi
  • Ruangan memori dalaman dan RAM yang agak rendah

Harga Microsoft Lumia 540 Dual SIM Untuk Pasaran Malaysia

Bagi yang berminat untuk mendapatkan Microsoft Lumia 540 Dual SIM boleh membelinya di pengedar-pengedar rasmi Microsoft atau Nokia dengan harga RM569 yang boleh didapati bermula 19 June ini. Untuk mendapat kemaskini Harga terbaru Microsoft anda boleh merujuk di halaman Senarai Harga Terbaru Microsoft.