e7Samsung Galaxy E7 – Skrin 5.5 Inci, Kamera 13 MP, Harga RM1099

Samsung Malaysia baru saja memperkenalkan Samsung Galaxy E7 untuk pasaran tempatan. Ia mula dijual di pasaran pada harga RM1099 yang boleh didapati dalam tiga pilihan warna hitam, putih dan biru untuk model 16 GB memori dalaman. 

3 Pesaing Utama Samsung Galaxy E7:

Jika dilihat pada peranti ini, ia tidak jauh bezanya dengan keluarga Siri A terutamanya Samsung Galaxy A7. Namun, untuk Siri E memiliki spesifikasi dan harga yang lebih rendah berbanding Siri A.

Spesifikasi Samsung Galaxy E7

Samsung Galaxy E7 menawarkan skrin sebesar 5.5 inci dengan resolusi 720 x 1280 pixels dan Super AMOLED memberikan pengalaman menonton video yang lebih baik pada skrin yang besar.

Untuk prestasinya, Mungkin Qualcomm MSM8916 Snapdragon 410 bukanlah satu pilihan yang sesuai terutamanya untuk peranti yang berharaga di atas RM1000. Namun, dengan 2 GB RAM pada peranti ini dapat meningkatkan lagi prestasi multitasking yang terdapat pada Samsung Galaxy E7. 16 GB memori dalamannya juga sudah cukup menempatkan beratus lagu, gambar dan aplikasi. Sekiranya masih tidak mencukupi, peranti ini menyokong slot tambahan sehingga 64 GB.

Samsung Galaxy E7

Fungsi pengambaran menjadi keutamaan untuk peranti-peranti keluaran Samsung. Samsung Galaxy E7 menawarkan 13 Megapixel kamera utama serta 5 Megapixel di bahagian hadapan. Tambahan pula, anda boleh mengambil gambar dengan hanya menggunakan arahan suara atau isyarat tangan. Pelbagai mod-mod menarik juga hadir seperti Panorama, Beautifying Mode yang boleh menjadikan gambar yang diambil lebih cantik.

Untuk sebuah phablet dengan skrin sebesar 5.5 inci, Samsung Galaxy E7 menawarkan spesifikasi, reka bentuk serta harganya yang boleh dipertimbangkan. Antara ciri-ciri utama yang terdapat pada Samsung Galaxy E7 seperti dibawah:

  • Dilengkapi dengan skrin 5.5 inci, 720 x 1280 pixels
  • Pemproses Qualcomm MSM8916 Snapdragon 410 Quad-core 1.2 GHz Cortex-A53
  • 2 GB RAM, memori dalaman 16 GB, memori tambahan microSD sehingga 64 GB
  • Dijalankan pada platform Android 4.4.2 (KitKat)
  • 13 Megapixel kamera belakang dengan LED flash
  • 5 Megapixel kamera hadapan
  • Li-Po 2950 mAh kapasiti bateri
  • Dual-SIM, Wifi, Radio, GPS, Bluetooth

Walaupon begitu, terdapat beberapa kekurangan yang terdapat pada model ini antaranya:

  • Tidak memiliki sokongan rangkaian 4G LTE untuk akses internet yang lebih laju.
  • Tiada sokongan NFC

Harga Samsung Galaxy E7 Untuk Pasaran Malaysia

Bagi yang ingin mendapatkan peranti ini, Samsung Galaxy E7 telahpon berada di pasaran dengan harga sekitar RM1099 dengan tiga pilihan warna putih, hitam dan putih. Anda boleh menyemak Harga Terbaru Samsung Galaxy E7 bagi mendapatkan maklumat harga terkini.