Sony Xperia M4 Aqua DualSony Xperia M4 Aqua Dual – Skrin 5.0 Inci, Kamera 13 MP, Harga RM969

Sony Malaysia telah mengumumkan tiga peranti baru untuk pasaran Malaysia. Salah satu daripadanya ialah Sony Xperia M4 Aqua Dual yang hadir dengan ciri-ciri kalis air dan debu. Peranti yang berada pada kelas pertengahan ini boleh didapati dengan harga RM969 yang boleh dibeli di kedai Sony berhampiran bermula minggu hadapan. 

Sony sudah terkenal dengan ciri-ciri kalis air mereka. Jika sebelum ini, kelebihan kalis air dan debu dari Sony hanya boleh didapati untuk peranti perdana sahaja. Kini, ia juga hadir untuk peranti pertengahan seperti Sony Xperia M4 Aqua Dual.

Spesifikasi Sony Xperia M4 Aqua Dual

Untuk reka bentuk luaran, Sony Xperia M4 Aqua Dual dilihat hadir dengan rekabentuk hasil inspirasi dari Sony Xperia Z3 dengan rekaan rata dibahagian belakang dengan kehadiran kamera di bahagian penjuru kiri atas. Walaupon berada pada kelas Mid-Range, peranti ini kelihatan Premium dengan kehadiran 4 warna pilihan hitam, putih, warna karang dan perak. Dengan ketebalan 7.3mm dan berat 135 sudah cukup selesa apabila ia berada di atas tangan mahupon di dalam poket.

Sony Xperia M4 Aqua Dual

Bagi paparannya pula, Sony Xperia M4 Aqua Dual membawakan skrin sebesar 5.0 inci yang hadir dengan resolusi HD 720p. Skrinnya juga membawakan fungsi multi sentuhan dengan gentian kaca kalis calar. Sepertimana yang sudah kita ketahui, telefon in hadir dengan fungsui kalis air dan debu yang membenarkan ia berada di dalam air sedalam 1.5 meter selama 30 minit.

Peranti yang tersedia dipasan dengan Android 5.0 Lollipop ini dipadukan dengan pemproses Qualcomm MSM8939 Snapdragon 615 Quad-core 1.5 & Quad-Core 1.0 GHz serta keupayaan grafik dari Adreno 405. Peranti ini juga hadir dengan 2 GB RAM yang hadir dengan 2 pilihan memori terbina 8 dan 16 GB. Sekiranya masih tidak mencukupi, Sony Xperia M4 Aqua Dual menyediakan slot microSD yang boleh dipasang sehingga 32 GB.

Sony Xperia M4 Aqua Dual

Fungsi pengambaran sentiasa menjadi keutamaan pada telefon pintar milik Sony. Begitu juga yang terdapat pada peranti ini yang hadir deng 13 Megapixel kamera dengan sensor Exmor RS untuk kualiti gambar yang diambil lebih baik dengan mod-mod pengambaran yang lain termasuk HDR serta Superior Auto yang dikatakan dapat mengesan sehingga 52 senario berbeza dan menetapkan aturan yang terbaik untuk setiap senario secara automatik. Di bahagian hadapan pula, Sony Xperia M4 Aqua Dual membawakan lensa 5 Megapixel dengan kanta sudut lebar yang amat sesuai untuk Selfie dan Wefie.

Kelebihan dan Kekurangan Sony Xperia M4 Aqua Dual

Bedasarkan spesifikasi, reka bentuk serta ciri-ciri khas yang terdapat pada peranti ini, ia boleh dikatakan sebuah peranti yang berbaloi untuk dimiliki dengan harga dibawah RM1000. Antara kelebihannya :

  • Ia hadir dengan rekaan yang premium, nipis serta menarik dengan pilihan warna yang pelbagai.
  • Sony Xperia M4 Aqua Dual dipadukan dengan cip Qualcomm MSM8939 Snapdragon 615 serta pemproses Octa-Core yang kebanyakanya hadir pada peranti pertengahan atas. Ia juga hadir dengan 2 GB RAM yang sudah cukup untuk menjalankan pelbagai aplikasi serentak tanpa sebarang masalah.
  • Dilengkapi dengan Dual SIM dan rangkaian 4G LTE untuk akses internet yang lebih laju.
  • Kamera 13 Megapexel dengan sensor Exmor RS.
  • Ciri-ciri kalis Air dan debu.
  • Skrin 5.0 inci dengan resolusi HD 720p dengan lapisan kaca tahan calar.

Tidak terlalu banyak kekurangan yang terdapat pada Sony Xperia M4 Aqua Dual. Antara kekurangannya :

  • Untuk pasaran Malaysia hadir dengan pilihan memori dalaman 8 GB yang agak terhad untuk menyimpan aplikasi dan file yang banyak. Namun boleh menambahnya di slot microSD yang disediakan.
  • Bateri yang tidak boleh dikeluarkan.

Harga Sony Xperia M4 Aqua Dual Untuk Pasaran Malaysia

Untuk pasaran Malaysia, Sony Xperia M4 Aqua Dual boleh didapati dengan harga RM969 untuk model 8 GB. Ia boleh didapati bermula minggu hadapan di kedai Sony yang berdekatan. Untuk pasaran tempatan, Sony bawakan tiga pilihan warna untuk peranti ini termasuk hitam, putih dan Coral.

Lihat juga Senarai Harga terbaru Sony Xperia untuk mendapatkan harga terbaru telefon pintar dan tablet keluaran Sony.