Sony Xperia Z4 TabletSony Xperia Z4 Tablet – Skrin 10.1 Inci, Kamera 8 MP, Harga RM2699

Selain Sony Xperia M4 Aqua Dual yang telah dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada harga RM969, Sony turut memperkenalkan Sony Xperia Tablet Z4 yang merupakan tablet kelas atasan yang akan dipasarkan pada 22 June kelak dengan harga RM2699 untuk versi LTE.

Sony Xperia Tablet Z4 merupakan tablet tunggal yang telah diperkenalkan pada March yang lalu. Ia hadir dengan dua versi Wifi dan LTE. Namun, untuk pasaran Malaysia berkemungkinan hanya model LTE yang akan dibawa masuk dengan papan kekunci yang boleh dibeli berasingan beharga RM500.

Spesifikasi Sony Xperia Z4 Tablet

Sony Xperia Z4 Tablet membawakan reka bentuk yang sangat nipis. Dengan ketebalan 6.1 mm menjadikan ia antara teblet ternipis. Reka bentuknya pula, masih lagi mengekalkan konsep yang terdapat pada model Xperia Z yang lain dan hadir dengan dua pilihan warna hitam dan putih.
Sony Xperia Z4 Tablet
Di bahagian hadapan pula, tablet ini bawakan skrin 10.1 inci dengan resolusi 2560×1600 pixel. Gabungan antara teknologi X-Reality dan paparan 2K yang terdapat pada peranti ini sudah cukup sempurna untuk paparan yang lebih jelas, terperinci dan terang. Sony juga membawakan teknologi TRILUMINOS dan Live Colour LED bagi memastikan paparan skrin dengan warna yang lebih semulajadi.

Untuk prestasinya pula, ternyata Sony Xperia Z4 Tablet membawakan cip pemproses terkini dan termaju bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan cemerlang. Ia dipadukan dengan pemproses 64-Bit Qualcomm Snapdragon 810 dengan kebolehan Octa-Core CPU serta 3 GB RAM. Menurut Sony, pemproses ini memiliki kepantasan 50% lebih baik berbading cip sebelumnya selain penggunaan bateri yang lebih efisyen.
Sony Xperia Z4 Tablet
Untuk sebuah teblet bersaiz besar, penggunaan kamera belakang tidaklah begitu sesuai memandangkan agak pelik apabila menggunakannya untuk mengambil gambar. Namun untuk kamera hadapan sudah tentunya ia merupakan satu keperluan terutamanya untuk membuat panggilan video dan sebagainya.

Untuk tablet ini, Sony memkbawakan 8 Megapixel kamera dengan sensor Exmor RS yang hadir bersama fungsi Superior Auto bagi memudahkan anda mendapat aturan terbaik ketika mengambil gambar. Bukan itu saja, ia juga menyokong fungsi Live On YouTube dimana anda dapat berkongsi detik-detik indah secara lansung di YouTube. Untuk kamera hadapan pula, Sony Xperia Z4 Tablet dilengkapi dengan 5.1 Megapixel kamera untuk selfie dan panggilan video.

Xperia Z4 Tablet – Tablet Android ternipis dan teringan dari Sony

Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada tablet ini ialah fungsi kalis air dimana ia mampu berada didalam air selama 30 minit untuk kedalaman 1.5 meter, kapasiti bateri yang agak besar iaitu 6000 mAh, memori dalaman 32 GB serta menyokong slot microSD sehingga 128 GB.

Kelebihan dan Kekurangan Sony Xperia Z4 Tablet

Tablet ini boleh dikatakan antara tablet yang terbaik pada kelasnya. Ia memiliki reka bentuk yang premium, spesifikasi yang terbaik serta ciri-ciri kalis air yang tidak terdapat pada kebanyakan tablet yang lain. Antara kelebihan utama Sony Xperia Z4 Tablet:

  • Ia hadir dengan rekaan yang premium, nipis serta menarik dengan pilihan warna hitam dan putih.
  • Sony Xperia Z4 Tablet dipadukan dengan cip Qualcomm Snapdragon 810 yang merupakan cip terkini dan termaju untuk peranti kelas atasan. Ia juga hadir dengan 3 GB RAM yang sudah cukup untuk menjalankan pelbagai aplikasi serentak tanpa sebarang masalah.
  • Dilengkapi dengan rangkaian 4G LTE untuk akses internet yang lebih laju.
  • Kamera 8 Megapexel dengan sensor Exmor RS dan 5 Megapixel di bahagian hadapan.
  • Ciri-ciri kalis Air dan debu.
  • Skrin 10.1 inci dengan resolusi 2K (2560 x 1600 pixels) dengan lapisan kaca tahan calar.
  • External Keyboard yang boleh dijadikan seperti sebuah komputer riba.

Dan ini pula sedikit kekurangan Sony Xperia Z4 Tablet:

  • Harga pasaran yang agak tinggi iaitu RM2699 untuk tablet dan RM3199 untuk tablet dengan keyboard yang tersedia.
  • Masalah pada cip Qualcomm Snapdragon 810 yang mengalami masalah cepat panas. Namun, buat masa ini belum ada aduan diterima mengenai Sony Xperia Z4 Tablet yang cepat panas.
  • Bateri yang tidak boleh dibuka dan ditukar.
  • Tiada sokongan Dual-SIM

Harga Sony Xperia Z4 Tablet Untuk Pasaran Malaysia

Sony Xperia Z4 Tablet boleh dibeli bermula 22 June ini di pengedar-pengedar rasmi Sony dengan harga RM2699 untuk versi LTE dengan dua pilihan warna hitam dan putih. Sony juga menyedikan aksesori Keyboard tambahan dengan harga RM3199 termasuk tablet.

Anda juga boleh merujuk Senarai Harga terbaru Sony Xperia untuk mendapatkan harga terbaru telefon pintar dan tablet keluaran Sony.