Di Malaysia, Jenama vivo semakain mendapat tempat sejak kemunculan jenama ini dipasaran tempatan sejak setahun yang lepas. Ia merupakan pengeluar peranti mudah alih yang menghasilkan produk yang berkualiti disamping menawarkannya pada harga yang lebih mampu milik. [AdsPost]
Vivo Malaysia baru sahaja melancarkan peranti perdana mereka, vivo X5Pro untuk pasaran Malaysia. Ia diperkenalkan pada satu majlis khas dan mula dijual dekitar RM1599 untuk versi 16 GB yang boleh didapati dengan warna hitam dan putih.
Spesifikasi vivo X5Pro
Spesifikasi vivo X5Pro berada pada kelas perdana yang hadir dengan keistimewaannya sendiri. Ia hadir dengan skrin 5.2 inci degan resolusi HD 1080p. Bukan itu saja, paparannya membawakan 2.5D lapisan kaca lengkung di bahagian kedua dua sisinya. Ia juga hadir dengan lapisan Corning Gorilla Glass bagi melindungi paparan dari calar mahupon retak.
Peranti yang diperbuat dari kerangka logam ini memiliki ketebalan 6.39 mm. Untuk prestasinya, vivo X5Pro dikuasai dengn pemproses Qualcomm Snapdragon 615 Octa-Core 1.7 Ghz serta dimuatkan dengan 2 GB RAM. Bagi ruangan storan pula, telefln pintar ini menawarkan 16 GB memori terbina. Sekiranya masih tidak mencukupi, vivo telah menyediakan sehingga 128 GB memori tambahan untuk peranti ini.
Kamera merupakan salah satu keistimewaan pada vivo X5Pro. Peranti ini berkebolehan mengambil gambar dengan 13 Megapixel yang lengkap dengan Phase-Detection Autofokus (PDAF) dengan kadar fokus yang lebih cepat. Untuk kamera hadapan pula, peranti premium ini membawakan 8 Megapixel untuk selfie dan juga panggilan video. Untuk Selfie, vivo telah menyediakan pelbagai fungsi dan mod khas untuk itu termasuk Gender Specific Beutification dimana mod ini menggunakan aturan khas untuk jantina yang berbeza bagi mendapatkan gambar selfie yang lebih menarik.
vivo X5Pro hadir dengan platorm Funtouch OS 2.1 yang berasaskan Android 5.0 Lollipop. Funtouch OS membawakan beberapa ciri-ciri khas seperti Smart Wake dimana anda boleh membuka peranti anda dengan sentuhan pada skrin tanpa menekan butang buka. Ia juga menawarkan cara mudah mencapai aplikasi dengan menentukan arahan layar skrin yang berbeza.
Kelebihan dan Kekurangan vivo X5Pro
Ciri-Ciri Utama :
- Memiliki pemproses Qualcomm Snapdragon 615 dengan memori sistem 2 GB RAM
- Telah tersedia dipasang dengan platform terbaru Android 5.0 Lollipop
- Skrin 5.2 inci dengan resolusi 1920 x 1080 Pixel
- Ruang memori 16 GB serta menyokong slot tambahan sehingga 128 GB
- Kamera 13 Megapixel, Kamera selfie 8 Megapixel di bahagian hadapan
- Sambungan 4G LTE dan Dual SIM
Kekurangan Utama :
- Tiada rakaman video dengan resolusi 4K
- Tidak menyokong pengecasan tanpa wayar
- kapasiti bateri yang agak kecil 2300 mAh
Harga vivo X5Pro Untuk Pasaran Malaysia
vivo X5Pro telah pon berada di pasaran Malaysia. Harga vivo X5Pro dijual sekitar RM1599 yang boleh didapati di hampir 2000 pusat jualan vivo di seluruh negara yang boleh didapati dalam dua pilihan warna hitam dan putih.
Untuk melihat senarai harga terkini vivo X5Pro dan produk produk vivo yang lain boleh merujuk di sini.