Nampaknya pembangunan Windows 10 telah sampai ke peringkat terakhir setelah beberapa versi Insider Preview dikeluarkan kepada umum bagi bersama-sama membantu secara tidak lansung dalam pembangunan Windows 10. Hari ini, Microsoft secara rasminya mungumumkan bahawa mereka akan melancarkan Windows 10 untuk pengguna pada 29 July 2015 ini.
Lebih menarik lagi, Windows 10 akan ditawarkan secara percuma untuk pengguna Windows 7 dan Windows 8/8.1. Windows 10 membawakan pelbagai perkara baru berbanding versi sebelumnya antaranya hadir dengan pembantu digital dengan arahan suara Cortana, Pelayar web yang baru Microsoft Edge, sebuah sistem operasi yang sesuai digunakan kesemua jenis platform dan peranti dan sebagainya.
Menurut Microsoft, notifikasi akan dihantar di bahagian Taskbar penjuru kanan kepada pengguna Windows 7 dan Windows 8.1 untuk naik taraf percuma Windows 10. Bagi yang berminat untuk menaik taraf ke Windows 10 pastikan anda mencapai keperluan sistem seperti dibawah :
- Pastikan anda pengguna Windows 7 SP1 atau Windows 8.1
- Processor 1 Ghz dan keatas
- 1 GB RAM untuk bersi 32-Bit Windows 10 atau 2 GB RAM untuk versi 64-Bit
- Ruangan Hard Disk 16 GB untuk 32-Bit Windows 10 atau 32 GB untuk versi 64-Bit
- DirectX 9 dan keatas dengan WDDM 1.0 driver
- resolusi minima 1024×600
Sumber : Microsoft