Xiaomi Mi Band 2Gambar render yang dikatakan Xiaomi Mi Band 2

Xiaomi telah mengalami kejayaan besar dengan produk kesihatan meraka Xiaomi Mi Band yang telah terjual lebih 6 juta di seluruh dunia. Ia merupakan gelang kesihatan dengan pelbagai fungsi yang hadir dengan harga yang murah iaitu sekitar RM60 untuk pasaran Malaysia.

Kini Xiaomi dilihat telah bersedia untuk melancarkan Xiaomi Mi Band generasi kedua pada masa terdekat ini bagi menggantikan model lama yang telah diperkenalkan pada July 2014 yang lalu. Beberapa gambar render juga telah tertiris di arena internet seperti yng ditunjukan di atas.

Xiaomi Mi Band 2Gambar Xiaomi Mi Band generasi pertama

Untuk Xiaomi Mi Band 2, Xiaomi dikatakan telah menaik taraf paparan skrinnya dengan menggunakan skrin sentuh. Ia juga dikatakan akan hadir dengan fungsi NFC bagi memudahkan sambungan antara Mi Band dan Smartphone.

Tentang harganya pula, ia dikatakan hadir dengan harga yang lebih mahal. Namun ianya masih lagi berpatutan berbanding gelang kesihatan keluaran jenama lain di pasaran sekarang.