Asus Zenfone GoAsus Zenfone Go Dengan Harga Murah Akan Diperkenalkan

Asus akan memperkenalkan peranti mampu milik iaitu Asus Zenfone Go yang dijangka diumumkan pada penghujung bulan ini. Reka bentuk dan warnanya hampir sama dengan Asus Zenfone 2, cuma ketara di bahagian belakang dimana peranti mampu milik ini hadir dengan LED Flash tunggal manakala Asus Zenfone 2 hadir dengan Dual LED Flash. 

Untuk spesifikasi Asus Zenfone, ia hadir dengan 5.0 inci skrin dengan resolusi HD 720 x 1280p. Ia juga turut menawarkan kamera 8 Megapixel dan 2 Megapixel dibahagian hadapan. Untuk prestasinya, model mampu milik ini akan dilengkapi dengan cip Mediatek dengan pemproses 4-teras yang masih lagi belum disahkan model cip yang digunakan.

“Asus Zenfone Go Dengan Harga Murah akan Hadir Dengan 5.0 Inci Skrin, 8 Megapixel, Pemproses Mediatek, 2 GB RAM”

Asus Zenfone Go turut membawakan memori dalaman sebesar 8 GB yang berkemungkinan turut menyokong slot microSD untuk memori tambahan. Namun, agak mengecewakan peranti ini hanya dilengkapi dengan rangkaian 3G dan bukannya 4G LTE untuk capaian internet yang lebih pantas.

Berkenaan harganya masih lagi belum didedahkan. Asus Zenfone 2 ZE500CL (model termurah) dijual pada harga RM599 dengan spesifikasi yang hampir sama dengan Asus Zenfone Go namun ia hadir dengan sokongan LTE dan memori yang lebih besar. Untuk harga Asus Zenfone Go ia mungkin akan dijual dibawah RM500 di Malaysia kelak.