Download Windows 10 ISOBagaimana Untuk Muat Turun Windows 10 ISO Dengan Mudah secara Percuma

Akhirnya 29 Julai 2015 telah pon tiba dimana Microsoft telah mengeluarkan kemaskini Windows 10 untuk pengguna Windows 7 dan Windows 8.1 secara percuma. Tidak lupa juga untuk pengguna di Malaysia yang tidak sabar menanti Windows 10 hadir untuk peranti mereka. Namun ada juga yang masih belum menerima kemaskini ini oleh kerana ianya dilakukan secara berperingkat. 

Selain membuat naik taraf melalui online, Microsoft turut menyediakan aplikasi khas yang dinamakan sebagai Media Creation Tool yang membenarkan anda membina pemasangan Windows 10 dalam bentuk ISO yang membolehkan anda memasangnya secara offline.

Jadi, Bagaimanakah untuk Download Windows 10 ISO

Penggunaanya juga begitu mudah. Anda hnya perlu muat turun aplikasi khas dan jalankannya. Untuk membina file ISO anda harus memilih ” Create installation media for another PC” pada skrin utama dan ikuti langkah sehingga selesai. Dengan cara ini juga anda boleh membuat kemaskini Windows 10 serta-merta tanpa perlu menunggu kemaskini online hadir ke PC anda.

Setelah menerima fille ISO, anda sudah boleh memasang kemaskini Windows 10 sama ada melalui DVD ataupon USB drive. Mudah bukan?.