Huawei G8 Huawei G8 Diperkenalkan, 5.5 inci Skrin, Pengimbas Cap Jari

Huawei telah memperkenalkan peranti untuk kelas pertengahan iaitu Huawei G8 yang hadir dengan pengimbas cap jari di bahagian belakang. Peranti ini merupakan kesinambungan kepada model Huawei G7 yang telah dilancarkan pada tahun lepas. 

Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, Spesifikasi Huawei G8 membawakan cip pemproses Snapdragon 615 yang membawakan CPU 8-Teras. Di bahagian hadapan, peranti ini membawakan skrin sebesar 5.5 inci dengan resolusi HD Penuh 1080p. Menurut Huawei, mereka akan membawakan dua model  dengan pilihan 2 GB RAM dengan memori dalaman 16 GB dan model 3 GB RAM dengan memori dalaman sebesar 32 GB. Kedua-duanya menyokong slot tambahan sehingga 64 GB.

Spesifikasi Huawei G8 hadir dengan skin 5.5 inci FHD 1080p, Kamera 13 Megapixel dan Pengimbas Cap Jari

Spesifikasi Huawei G8 juga membawakan kamera 13 Megapixel dengan PureCel sensor. Ia juga membawakan dual-LED Flash dan juga 5 Megapixel untuk selfie di bahagian hadapan.

Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada Huawei G8 termasuk menggunakan platform Android 5.1 Lollipop, kapasiti bateri 3000mAh, sambungan rangkaian 4G LTE dan juga pengimbas cap jari.

Huawei G8 akan dijual pada harga USD370 untuk model 2 GB dan USD434 untuk model 3 GB. Ia boleh didapati dalam dua pilihan warna putih, hitam dan emas. Buat masa ini, tiada lagi berita mengenai peranti ini akan memasuki pasran Malaysia.