Intel Compute StickIntel Compute Stick Kini Hadir Dalam Versi Ubuntu

Sebelum ini Intel telah memperkenalkan Intel Compute Stick yang merupakan sebuah PC kecil bersaiz pendrive yang dijalankan menggunakan Windows 8.1. Lenovo juga mengeluarkan produk yang hampir sama yang dinamakan Lenovo IdeaCentre Stick 300 yang juga tersedia dengan platform Windows 8.1. 

Hari ini, Intel dan Canonical telah melancarkan Intel Compute Stick versi Ubuntu yang akan dijual lebih murah berbanding versi Windows. Untuk versi Windows ia akan dijual sekitar USD150 yang akan dipasarkan pada minggu hadapan untuk versi Ubuntu pula ia akan dipasarkan dengan harga USD110.

Berbanding versi Windows, Intel Compute Stick edisi Ubuntu hadir dengan spesifikasi yang lebih rendah. Ia dilengkapi dengan pemproses Intel Atom Quad Core 1.3 Ghz dengan 1 GB RAM dan 8 GB memori terbina yang agak kecil. Namun ia memiliki slot tamabahan untuk microSD untung ruang memori yang lebih besar.

Untuk versi Ubuntu, ia dikatakan akan dipasarkan dengan harga USD110 yang telah tersedia dipasang dengan 64-Bit Ubuntu 14.04.

Sumber : Intel