Seperti yang telah kita telah tahu pengguna Windows 7 dan Windows 8.1 akan menerima kemas kini Windows 10 pada 29 July ini. Ia akan diberikan secara percuma kepada pemegang Windows 7 dan 8.1 yang original. Microsoft juga telah menghantar notifikasi kepada pengguna Windows bagi menempah salinan kemas kini Windows 10 yang boleh di muat turun tidak lama lagi. [AdsPost]
Namun, menurut maklumat terkini dari Blog Microsoft, Mereka akan menawarkan kemas kini Windows 10 secara berperingkat kepada lebih 1 billion peranti diseluruh dunia dan sudah tentunya ia tidak dapat dilakukan serentak dalam masa satu hari.
“Kemas Kini Windows 10 Akan Diberi Secara Berperingkat Bermula 29 July Ini”
Menurut Microsoft, pengguna pertama yang bakal menerima Windows 10 ialah 5 juta peserta Windows Insider yang akan menerima pada 29 July ini dan pengguna-pengguna lain akan menerimanya secara berperingkat selepas 29 July.
Microsoft juga akan menyediakan aplikasi khas bagi menguji PC atau Laptop sama ada bersesuaian menggunakan Windows 10. Sekiranya tidak sesuai, Aplikasi tersebut akan memberi notifikasi dan langkah-langkah yang boleh diambil yang diperlukan bagi menaik taraf ke Windows 10.