Kemaskini Windows 10Kemaskini Windows 10 Akan Menyokong Sehingga 10 tahun

Tinggal kurang 10 hari sahaja lagi sebelum pelancaran Windows 10 secara rasmi pada 29 Julai ini dimana pengguna Windows 7 dan 8.1 boleh menaik taraf peranti mereka secara percuma. Microsoft juga dilihat begitu sibuk mengemaskini sokongan dasar untuk platform terbaru tersebut. Terbaru mereka telah mengemaskini lifecycle policy atau dasar jangka hayat untuk kemaskini Windows 10.

Kemaskini Windows 10 Menyokong Sehingga 14 Oktober 2025

Sebelum ini Microsoft telah mengumumkan bahawa Windows 10 merupakan versi terakhir Windows yang menyokong jangka hayat seumur hidup. Namun, kenyataan terbaru dari Microsoft menunjukan Windows 10 menyokong hanya selama 10 tahun sehingga 14 Oktober 2025.

Kemaskini Windows 10

Kenyataan itu agak mengelirukan pengguna dan Microsoft menjelaskan bahawa kemaskini Windows 10 memiliki lebih dari satu dimana pengguna perlu sentiasa menaik taraf peranti mereka untuk kekal aktif. Namun kemas kini tersebut hadir bergantung pada beberapa perkara termasuk negara, penyedia rangkaian dan juga kemampuan perkakasan pada peranti.

Contohnya seperti Windows 8 dimana sokongannya akan tamat pada tahun 2023 dan untuk kekal aktif anda boleh naik taraf ke Windows 10 secara percuma.

Sumber : Microsoft