Membeli Xiaomi Mi Note Melalui UberMembeli Xiaomi Mi Note Melalui Uber

Baru baru ini, Xiaomi Malaysia telah melancarkan perant kelas perdana, Xiaomi Mi Note untuk pasaran Malaysia. Ianya sudah boleh dibeli melalui pengedar rasmi atau di laman Mi.com pada harga RM1549 untuk versi 64GB yang boleh didapati dalam warna putih sahaja. 

Selain dibeli melalui Mi.com dan pengedar rasmi, Xiaomi turut berkerjasama dengan Uber bagi memudahkan pengguna menempah dengan proses penghantaran yang lebih mudah. Menurut Xiaomi, perhidmatan ini boleh didapati di Malaysia dan Singapura sahaja dan anda boleh membeli Xiaomi Mi Note melalui aplikasi Uber dan caj tambahan dikenakan pada akaun Uber anda.

Membeli Xiaomi Mi Note Melalui Uber

Sedikit mengenai spesifikasi Xiaomi Mi Note yang merupakan sebuah Phablet premium dengan skrin sebesar 5.7 inci dengan resolusi HD Penuh 1080P. Ia juga hadir dengan pemproses High-End dengan cip Qualcomm MSM8974AC Snapdragon 801 dengan keupayaan Quad-core 2.5 GHz. Di dalamnya juga tertera dengan 3 GB RAM serta pilihan memori terbina 16 GB dan 64 GB. Namun untuk pasaran Malaysia hanya model 64 GB berada di pasaran.

Untuk fungsi pengambaran, Xiaomi Mi Note dibekalkan dengan 13 Megapixel lengkap dengan penstabilan imej optikal (OIS) serta Dual LED Flash untuk pencahayaan yang lebih sempurna. Peranti ini juga berkebolehan merakam paparan video 4K.

Bagaimana Untuk Membeli Xiaomi Mi Note Melalui Uber

Bagi yang berminat, anda boleh mendaptkannya di Mi.com atau pengedar rasmi Xiaomi. Anda juga boleh memuat turun aplikasi Uber untuk menempah peranti anda menggunakan penghantaran Uber.

Menurut Hugo Bara melalui akaun Facebooknya, pembelian Xiaomi Mi Note melalui Uber menggunakan proses yang sama untuk memanggil perhidmatan Uber. Anda hanya perlu membuka aplikasi Uber dan menekan butang Xiaomi di bahagian bawah aplikasi tersebut. Bayaran akan dikenakan keatas akaun kad kredit yang telah disambung ke akaun Uber anda.