Microsoft Lumia 950Microsoft Lumia 950, 950 XL Dilancarkan November Ini

telah terlalu lama kita kedengaran desas desus mengenai peranti ini dari penghujung tahun lepas sehinggalah ke hari ini. Pelbagi spekulasi mengenai spesifikasi mengenai peranti ini yang sebelum ini lebih dikenali sebagai Lumia 940. Namun, menurut sumber terbaru, Microsoft dilihat akan memintas Lumia 940 dan terus kepada pelancaran Lumia 950 dan Lumia 950 XL yang bakal dilancarkan pada November ini. 

Menurut sumber, peranti dengan nama kod Talkman (Microsoft Lumia 950) dan Cityman (Microsoft Lumia 950 XL) akan hadir dengan kerangka logam sepenuhnya. Sebelum ini masih belum ada peranti keluaran Lumia yang diperbuat dari kerangka logam walaupon ia peranti kelas perdana dan berkemungkinan Lumia 950 yang pertama menggunakannya.

Mengenai spesifikasi  Microsoft Lumia 950 dan 950XL, Kedua dunya bakal hadir dengan sambungan USB-Type C serba baru. ia juga memiliki lensa kamera yang sama dengan 20 Megapixel kamera utama dan 5 Megapixel kamera hadapan. Kedua dua peranti ini juga hadir dengan 3 GB RAM serta menyokong fungsi continuum salah satu kelebihan yang terdapat pada Windows 10 untuk Smartphone yang berkebolehan disambung ke monitor untuk dapatkan fungsi seperti sebuah PC.

Microsoft Lumia 950

Bezanya ialah Lumia 950 hadir dengan 5.2 inci skrin manakala model XL hadir dengan paparan yang lebih besar iaitu 5.7 inci. Antara perbezaan spesifikasi antara Microsoft Lumia 950 dan Microsoft Lumia 950 XL seperti gambar di atas.

Sumber : WMPowerUser