Motorola Moto XMotorola mengumumkan Moto X Style, X Play dan Moto G 2015

Hari ini berlansungnya acara Motorola bersama media dengan memperkenalkan barisan peranti baru untuk pasaran 2015. Pada acara kali ini, Motorola dilihat telah mengumumkan bukan satu tetapi tiga peranti serentak dengan spesifikasi dan reka bentuk yang tersendiri. 

Ketiga-tiga peranti ini menyokong Moto Maker Customization iaitu salah satu kelebihan Motorola yang membenarkan pengguna untuk memilih kombinasi warna penutup belakang dan hadapan mengikut citrarasa sendiri sebelum membelinya.

Motorola Moto X Style

Moto X Style merupakan peranti paling premium berbanding dua model lain yang dilancarkan hari ini. Ia hadir dengan paparan sebesar 5.7 Inci dengan skrin Quad HD memberikan paparan yang lebih jelas dan terperinci. Peranti ini merupakan kesinambungan Motorola Moto X 2014 yang dilancarkan tahun lepas. Menariknya peranti ini ialah teknologi pengecasan yang terdapat padanya yang dikatakan 50% lebih pantas berbanding Samsung Galaxy S6. Antara ciri-ciri dan spesifikasi Moto X Style seperti di bawah.

Motorola Moto X Style

  • Paparan 5.7-inci Quad HD dengan Corning Gorilla Glass 4
  • Pemproses Snapdragon 808 Hexa-Core 1.8 GHz
  • 3GB RAM dengan pilihan memori 16GB, 32GB, 64GB dan slot microSD
  • kapasiti bateri 3,000mAh dengan teknologi pengecasan pantas TurboPower
  • kamera 21 Megapixel f/2.0 aperture dengan rakaman video 4K
  • 5 Megapixel kamera hadapan dengan flash
  • WiFi AC + MIMO, Bluetooth 4.1 LTE, GPS and NFC
  • Android 5.1.1 Lollipop
  • Moto Maker Customization termasuk dengan pilihan kayu dan kulit asli
  • Di pasaran pada bulan September dengan harga USD399.99

Motorola Moto X Play

Moto X Play membawakan spesifikasi yang hampir sama dengan Moto X Style. Namun ia dilengkapi dengan skrin yang lebih kecil iaitu sebesar 5.5 inci dengan resolusi HD Penuh. Ia juga hadir dengan kamera yang sama.

Motorola Moto X Play

  • Paparan 5.5-inci dengan resolusi HD Penuh
  • Qualcomm Snapdragon 615 octa-core
  • 2GB RAM dan 16 atau 32GB serta sokongan microSD
  • Batteri 3,630 mAh
  • 21 Megapixel kamera utama
  • 5 megapixel kamera hadapan
  • WiFi N, Bluetooth 4.0 LE, GPS and NFC
  • Moto Maker customization
  • Dipasaran pada bulan Ogos ini

Motorola Moto G 2015

Akhir sekali ialah peranti kemaskini Motorola Moto G 2015 yang merupakan peranti mampu milik yang dilengkapi dengan ciri-ciri kalis air (IPX7). Ia juga dilengkapi dengan paparan sebesar 5.0 inci dengan resolusi HD720p, pemproses Snapdragon 410 1.4 Ghz dan 13 Megapixel kamera.

Motorola Moto G 2015

  • Snapdragon 410 Quad-Core 1.4 GHz
  • 1GB atau 2GB RAM, 8GB atau 16GB memori dengan slot microSD
  • 4G LTE, WiFi N, Bluetooth 4.0 LE dan GPS
  • Android 5.1 Lollipop
  • 13 Megapixel dan 5 Megapixel kamera hadapan
  • 2,470mAh bateri
  • Kalis air (IPX7)
  • Moto Maker customization
  • Dipasaran mulai hari ini dengan harga serendah USD179