Spesifikasi Review dan Harga Oppo R7 Plus di MalaysiaSpesifikasi Review dan Harga Oppo R7 Plus di Malaysia

Di Malaysia, Oppo baru sahaja memperkenalkan dua peranti dari keluarga R7 untuk pasaran Malaysia. Peranti pertama ialah Oppo R7 Plus dengan skrin sebesar 6.0 inci dan kedua Oppo R7 Lite dengan harga yang lebih murah dan skrin yang lebih kecil. Dilihat pada spesifikasi dan harga Oppo R7 Plus dan Oppo R7 Lite ia boleh dikelaskan sebagai peranti kelas atasan (High-End) dan pertengahan untuk Oppo R7 Lite . 

Sebenarnya, Keluarga Oppo R7 terdiri dari tiga ahli termasuk Oppo R7. Namun untuk pasaran tempatan hanya dua model yang mula dijual di pasaran seperti yang dinyatakan. Tiada berita mengenai Oppo R7 untuk pasaran Malaysia. Di bawah ini kami bincangkan sedikit mengenai Spesifikasi Review dan Harga Oppo R7 Plus di Malaysia.

Spesifikasi Oppo R7 Plus

Oppo R7 Plus boleh dikatakan sebuah peranti yang unik dengan skrin tanpa bazel memberi ruang sepenuhnya pada skrin dan mengekalkan saiz peranti yang lebih kecil. Ia hadir dengan paparan AMOLED sebesar 6.0 inci dengan resolusi HD Penuh 1080p yang dilindung dengan lapisan Gorilla Glass 3 bagi mencegah dari retak dan calar. Lebih menarik lagi peranti dengan rekaan premium ini dilengkapi dengan 2.5D lapisan kaca lengkung dibahagian sisinya.

Oppo tidak pernah mengabaikan prestasi pada perantinya terutama untuk peranti kelas perdana. Oppo R7 Plus dikuasai dengan cip Qualcomm MSM8939 Snapdragon 615 dengan kepantasan 8-Teras yang turut hadir dengan 3 GB RAM yang sudah cukup baik untuk fungsi multitasking walaupon menggunakan aplikasi yang besar. Bukan itu sahaja Oppo R7 Plus turut hadir dengan 32 GB memori terbina serta menyokong slot memori tambahan sehingga 128 GB.

Spesifikasi Review dan Harga Oppo R7 Plus di MalaysiaHarga Oppo R7 Plus di Malaysia Sekitar RM1998

Oppo juga membawakan kapasiti bateri yang besar untuk peranti ini.Ia dilengkapi dengan 4100 mAh bateri lengkap dengan teknologi VOOC flash charging yang berkebolehan mengecas dengan sangat pantas dimana dalam tempoh mengecas hanya 5 minit anda sudah boleh berbual sehingga 2 jam.

Di bahagian belakang, terdapat pengimbas cap jari yang terletak dibawah kamera tidak seperti kebanyakan peranti perdana yang lain yang memilih meletakan di bahagian belakang. Ia lebih mudah digunakan dibahagian belakang walaupon hanya menggunakan satu tangan. Ia digunakan untuk tujuan keselamatan bagi menggantikan penggunaan password.

Spesifikasi Review dan Harga Oppo R7 Plus di MalaysiaOppo R7 Plus hadir dengan teknologi pengecasan pantas VOOC

Oppo R7 Plus juga membawakan 13 Megapixel kamera yang hadir dengan lensa Schneider-Kreuznach optics. Oppo juga menjanjikan fokus yang lebih cepat dan baik dengan adanya Laser Autofokus pada Oppo R7 Plus. Bagi mengekalkan pencahayaan yang lebih baik dan semulajadi peranti ini dilengkapi dengan Dual LED Flash dibahagian belakang. Bagi yang gemar berselfie, telefon pintar ini menawarkan 8 Megapixel kamera yang lengkap dengan mod-mod selfie seperti Beautify 3.0.

Kelebihan dan Kekurangan Oppo R7 Plus

Spesifikasi Review dan Harga Oppo R7 Plus di MalaysiaPandangan hadapan dan belakang Oppo R7 Plus

Ciri-Ciri Utama :

  • Memiliki pemproses Qualcomm Snapdragon 615 dengan memori sistem 3 GB RAM
  • Telah tersedia dipasang dengan platform terbaru Android 5.1 Lollipop
  • Skrin 6.0 inci dengan resolusi Full HD 1080 x 1920 pixels
  • Ruang memori 32 GB serta menyokong slot tambahan sehingga 128 GB
  • Kamera 13 Megapixel, Laser Autofocus
  • Kamera selfie 8 Megapixel di bahagian hadapan
  • Sambungan 4G LTE
  • Sokongan Dual-SIM
  • Bateri Li-Ion 4100 mAh
  • Pengimbas Cap Jari
  • Color OS 2.1

Kekurangan Utama :

  • Tiada sokongan NFC dan Infrared
  • Bateri yang tidak boleh dibuka dan ditukar

Harga Oppo R7 Plus di Malaysia

Untuk pasaran Malaysia, Harga Oppo R7 Plus dijual sekitar RM 1,998 yang boleh didapati untuk warna emas. Oppo mula menerima tempahan awal bermula 11 July ini dan jualan akan dimulakan pada awal Ogos ini yang boleh didapati dari pengedar sah Oppo seluruh Malaysia.

Dengan spesifikasi dan reka bentuk premium yang ditawarkan, harga Oppo R7 Plus dilihat bersesuaian dan berpatutan. Oppo R7 Plus setanding dengan peranti perdana jenama lain yang jauh lebih mahal. Lihat juga pesaing Oppo R7 Plus yang telah pon di pasaran Malaysia seperti di bawah :

Bagi yang inginkan peranti yang lebih murah, mungkin anda juga boleh mencuba Oppo R7 Lite yang dijual pada harga RM1298. Lihat juga senarai harga terbaru Oppo untung mengetahui harga terkini kedua-dua peranti ini.