Spesifikasi dan Harga Samsung Galaxy A8Spesifikasi Review dan Harga Samsung Galaxy A8 di Malaysia

Hari ini Samsung Malaysia telah melancarkan peranti ternipis keluarnnya Samsung Galaxy A8 untuk pasaran Malaysia. Ia akan dijual pada harga RM1888 untuk model 32 GB yang boleh didapati dalam tiga pilihan warna termasuk putih, hitam dan emas. 

Mengenai spesifikasinya, Samsung Galaxy A8 boleh dikelaskan sebagai peranti pertengahan atas dengan menyokong pengimbas cap jari bagi meningkatkan ciri-ciri keselamatan. Jika dilihat pada spesifikasi dan rekabentuknya sudah tentu ia berada paling atas untuk keluarga Galaxy A. Ia dilengkapi dengan skrin sebesar 5.7 inci dengan resolusi HD Penuh. Skrinya dilihat menggunakan ruang sepenuhnya di bahagian hadapan dengan bazel yang sangat nipis.

“Harga Samsung Galaxy A8 di Jual Sekitar RM1888 Untuk Pasaran Malaysia”

Selain itu, Samsung Galaxy A8 dikuasai dengan pemproses Snapdragon 615 dengan keupayaan CPU 8-Teras yang di sokong  dengan 2 GB RAM. Ia juga menawarkan dua pilihan memori terbina 16 GB dan 32 GB.

Fungsi pengambaran sentiasa menjadi keutamaan pada peranti pertengahan dan perdana keluaran Samsung.Begitu juga dengan telefon pintar ini apabila ia menawarkan 16 Megapixel kamera dengan kebolehan merakam video HD Penuh 1080p. Di bahagian hadapan pula tertera kamera 5 Megapixel yang boleh digubakan untuk selfie dan panggilan video.

Di Malaysia, harga Samsung Galaxy A8 dijual sekitar RM1888 yang boleh dibeli melalui pengedar rasmi Samsung.

Spesifikasi Samsung Galaxy A8

Spesifikasi dan Harga Samsung Galaxy A8

  • Paparan 5.7-inci Full HD dengan Corning Gorilla Glass 4
  • Pemproses Qualcomm MSM8939 Snapdragon 615 8-Teras
  • 2 GB RAM dengan pilihan memori 16GB, 32GB dan slot microSD sehingga 128 GB
  • kapasiti bateri Li-Ion 3050 mAh
  • kamera 16 Megapixel dengan rakaman video HD 1080P
  • 5 Megapixel kamera hadapan
  • WiFi, Bluetooth 4.1 LTE, GPS and NFC
  • Android 5.1 Lollipop
  • Pengimbas cap jari