Spesifikasi dan Harga Samsung Galaxy V Plus di MalaysiaSpesifikasi Review dan Harga Samsung Galaxy V Plus di Malaysia

Tahun lepas Samsung telah memperkenalkan Samsung Galaxy V dengan spesifikasi rendah yang dijual pada harga mampu milik. Kini, Samsung telah membuat kemaskini pada peranti tersebut dengan memperkenalkan Samsung Galaxy V Plus. 

Di Malaysia, Samsung Galaxy V Plus telah juga tersenarai di laman rasmi Samsung Malaysia. Namun harganya masih lagi belum didedahkan. Walaubagaimanapon, ia dilihat telah dijual di pasaran dengan harga sekitar RM299.

Spesifikasi Samsung Galaxy V Plus

Semsung Galaxy V Plus merupakan peranti di kelas permulaan atau Entry-Level. Ia memiliki skrin sebesar 4.0 inci dengan resolusi 800×480 pixel. Paparannya bukanlah sesuatu yang baik, namun untuk sebuah peranti dibawah harga RM300 ia sudah cukup memadai.

Pemprosesnya juga berada di kelas permulaan. Ia dipadukan dengan pemproses Dual-Core 1.2 Ghz yang hadir dengan 512 MB RAM. Ia juga memiliki ruangan memori sebesar 4 GB dan menyokong slot memori tambahan microSD.

Spesifikasi dan Harga Samsung Galaxy V Plus di MalaysiaHarga Samsung Galaxy V Plus di Malaysia Sekitar RM299

Untuk sebuah peranti mampu milik, Samsung Galaxy V Plus hadir dengan kamera 3 Megapixel dengan rakaman video 480p. Dibelakangnya juga terdapat LED Flash untuk pencahayaan yang lebih baik.

Peranti ini hadir dengan sokongan Dual SIM. Ia juga memiliki kapasiti 1500mAh dan tiada sokongan 4G LTE dan tiada kamera hadapan untuk peranti ini.

Kelebihan dan Kekurangan Samsung Galaxy V Plus

Ciri-Ciri Utama :

  • Memiliki pemproses Dual-Core 1.2 Ghz dengan memori sistem 512 MB RAM
  • Telah tersedia dipasang dengan platform Android 4.4.2 (KitKat)
  • Skrin 4.0 inci dengan resolusi 480 x 800 pixel
  • Ruang memori 4 GB serta menyokong slot tambahan sehingga 128 GB
  • Kamera 3 Megapixel
  • Sambungan 3G
  • Sokongan Dual-SIM
  • Bateri Li-Ion 1500 mAh

Kekurangan Utama :

  • Skrin yang agak kecil dengan resolusi yang rendah
  • Kandungan memori dan RAM yang rendah
  • Pemproses kelas permulaan
  • Kamera dengan resolusi rendah
  • Tiada sokongan 4G LTE
  • Platform Android yang agak ketingalan zaman

Harga Samsung Galaxy V Plus di Malaysia

Seperti yang dinyatakan, harga Samsung Galaxy V Plus di Malaysia dijual sekitar RM299 sehigga RM330 untuk pasaran tempatan. Ia amat sesuai untuk golongan remaja dan pelajar bagi mendapatkan peranti pertama mereka.

Untuk maklumat terkini harga Samsung anda juga boleh merujuk senarai harga terbaru Samsung.