Sony Xperia Z5 Sony Xperia Z5 Akan Diperkenalkan September Ini

Sebelum ini, Sony telah memperkenalkan Sony Xperia Z4 dengan penambahbaikan minima daripada model perdana sebelumnya. Namun ianya hanyalah untuk pasaran Jepun sahaja manakala untuk pasaran Global ia dikenali sebagai Sony Xperia Z3+. Menurut Sony, kedua-dua ini bukanlah peranti terulung mereka dan ia hanyalah variasi kepada Sony Xperia Z3. Sebab itulah spesifikasinya tidak jauh berbeza dengan model tersebut. Untuk peranti perdana pula, banyak desas-desus mula kedengaran bahawa Sony akan memperkenalkan Sony Xperia Z5 pada September ini. 

Menurut technodify.com, Sony akan hadir dengan tiga variasi untuk model flagship ini termasuk Sony Xperia Z5, Sony Xperia Z5 Ultra dengan skrin yang lebih besar dan Sony Xperia Z5 Compact untuk saiz yang lebih kecil. Saiz skrin untuk ketiga-tiga peranti tersebut masih lagi belum didedahkan. Namun untuk prestasinya, ia bakal hadir dengan pemproses terbaru dari Qualcomm Snapdragon 820 dengan 4 GB RAM. Ia juga dijangka hadir dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 4,500mAh.

“Sony Xperia Z5 Dikatakan hadir dengan 21 Megapixel Kamera, Snapdragon 820, 4 GB RAM dan Bateri 4,500mAh”

Selain itu, Sony juga dikatakan buat pertama kali menggunakan pengimbas cap jari yang berkemungkinan hadir untuk Sony Xperia Z5 Ultra sahaja. Untuk fungsi pengambaran pula ketiga-tiga peranti ini akan hadir dengan sensor Sony Exmor RS IMX230 dengan 21 Megapixel kamera yang menyokong rakaman video 4K dan HDR.

Sony Xperia Z5 dikatakan akan dilancarkan di Jepun pada September ini. Harga Sony Xperia Z5 dan pelancaran Global masih lagi belum diketahui.