Spesifikasi Huawei Honor 7 dan hargaSpesifikasi Huawei Honor 7 Hadir Dengan Kamera 20.7 MP, Pengimbas Cap Jari

Huawei yang merupakan jenama terbesar dari China telah memperkenalkan Huawei Honor 7 dengan spesifikasi tinggi pada majlis yang berlansung di Beijing. Pada majlis yang sama mereka turut memperkenalkan aksesori Honor Band Zero yang merupakan jam tangan pintar dan Honor Wistle, sebuah set kepala Bluetooth. 

Huawei Honor 7 merupakan peranti dengan kerangka logam sepenuhnya dengan ketebalan 8.5 mm dan berat 157g. Ia menggunakan skrin sebesar 5.2 inci dengan resolusi HD 1080p dengan antaramuka Emotion UI 3.1.

Untuk kamera, ia dilihat memiliki lensa yang sama yang terdapat pada Meizu MX5 yang juga baru dilancarkan. Ia hadir dengan 20.7 Megapixel kamera lengkap dengan Phase Detection Autofocus dan Dual LED flash manakala di bahagian hadapan pula, ia dipadankan dengan kamera 8 Megapixel untuk selfie dan video call.

Spesifikasi Huawei Honor 7 dan harga

Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada peranti ini termasuk pengimbas cap jari, bateri Li-Po 3100 mAh, pemproses HiSilicon Kirin 935, 3 GB RAM dan dua pilihan memori terbina 16 Gb dan 64 Gb.

Huawei Honor 7 akan hadir untuk pasaran China pada 7 July ini dengan harga USD320 untuk model 16 Gb dan 64 Gb pada harga USD400. Huawei juga turut menawarkan pilihan dual SIM untuk versi 16 Gb dengan harga USD355. Untuk pasaran lain akan menyusur kemudian.

Spesifikasi Huawei Honor 7

  • Dilengkapi dengan skrin 5.2 inci, 1080 x 1920 pixels
  • Pemproses HiSilicon Kirin 935 dengan Mali-T628 GPU
  • 3 GB RAM, memori dalaman 16/64 GB, memori tambahan microSD sehingga 128 GB
  • Dijalankan pada platform Android 5.0 (Lollipop)
  • 20 Megapixel kamera belakang dengan LED flash
  • 8 Megapixel kamera hadapan.
  • Li-Po 3100 mAh kapasiti bateri
  • Sambungan rangkaian 4G LTE dan sokongan dual SIM
  • Wifi, Radio, GPS, Bluetooth