Spesifikasi LG G4 BeatSpesifikasi LG G4 Beat Dengan 13 Megapixel Kamera, Pemproses Snapdragon 615

LG hari ini telah memperkenalkan variasi kepada LG G4 yang dinamakan sebagai LG G4 Beat yang merupakan peranti kelas pertengahan atas. Spesifikasi LG G4 Beat hadir dengan skrin sebesar 5.2 inci dengan resolusi HD penuh 1080p serta pemproses Snapdragon 615 dengan keupayaan 8 teras CPU. 

Reka bentuknya tidak jauh beza dengan LG G4. Namun sudah tentunya tiada model kulit asli seperti abang sulungnya LG G4 dengan rekaan yang lebih premium.

Spesifikasi LG G4 Beat Dengan 13 Megapixel Kamera, Snapdragon 615, Skrin 5.2 inci

LG G4 Beat hadir dengan 8 Megapixel kamera utama namun sesetengah pasaran di Amarika Latin hadir dengan 13 Megapixel. Di bahagian hadapan pula ia dilengkapi dengan 5 Megapixel kamera untuk selfie dan panggilan video. Seperti model LG G4, model ini juga hadir dengan laser autofokus dan sensor spectrum di bahagian belakangnya. Ia juga menawarkan mod professional pada aturan kamera.

Spesifikasi LG G4 Beat

Di dalamnya pula, peranti ini menawarkan 8 GB memori dalaman yang disertakan dengan 1.5 GB RAM. Peranti yang tersedia dengan Android 5.1.1 Lollipop ini juga hadir dengan kapasiti bateri 2300mAH.

Menurut LG, peranti ini akan mula hadir untuk Eropah dan Amarika Latin. Untuk pasaran lain akan menyusur kemudian. Tiada butiran rasmi mengenai harga dan tarikh pasaran buat masa ini.

Tags