Spesifikasi Meizu M2Spesifikasi Meizu M2 hadir dengan Skrin 5.0 Inci, Kamera 13MP

Sebelum ini Meizu pernah memperkenalkan phablet bersaiz 5.5 inci yang dinamakan Meizu M2 Note. Kini pengeluar telefon bimbit dari China itu telah memperkenalkan variasi kepada model tersebu dengan skrin yang lebih kecil. Ia dipanggil sebagai Meizu M2. 

Jika lihat pada spesifikasi Meizu M2, ia boleh dilabelkan sebagai peranti mampu milik. Apatah lagi apabila ia mula dipasarkan di China dengan harga hanya USD112 atau sekitar RM429 untuk pasaran Malaysia. Meizu M2 dibina dengan skrin sebesar 5.0 inci dengan resolusi HD720p. Skrinnya juga mendapat perlindungan daripada gentian kaca AGC Dragontrail yang lebih tahan lasak.

Selain itu, Meizu M2 membawakan pemproses MediaTek MT6735 dengan keupayaan CPU Quad-Core 1.3 Ghz serta 2 GB RAM. Telefon pintar ini juga menawarkan memori dalaman sebesar 16 GB serta sokongan slot tambahan sehingga 128GB sekiranya anda memerlukan lebih ruangan memori.

Untuk fungsi pengambaran, Meizu M2 hadir dengan 13 Megapixel kamera dengan sensor keluaran Samsung serta 5 Megapixel di bahagian hadapan. Meizu M2 boleh didapati dalam empat pilihan warna termasuk merah jambu, biru, putih dan kelabu. Ia mula memasuki pasaran China yang dijual sekitar USD112. Pasaran lain akan menyusur tidak lama lagi.

Spesifikasi Meizu M2

Spesifikasi Meizu M2

  • Pemproses Mediatek MT6735 Quad-core 1.3 GH
  • Paparan 5.0 inci dengan resolusi HD720p
  • 2GB RAM dengan 8GB memori dalaman serta sokongan slot microSD
  • 4G LTE, WiFi, Bluetooth dan GPS
  • Android 5.1 Lollipop (Flyme 4.5)
  • 13 Megapixel dan 5 Megapixel kamera hadapan
  • 2500 mAh bateri
  • Sokongan Dual SIM
  • Warna putih, kelabu, merah jambu dan biru