Spesifikasi Meizu MX5 dan HargaSpesifikasi Meizu MX5 Hadir Dengan Kamera 20.7 Megapixel

Pengeluar telefon bimbit dari China, Meizu telah memperkenalkan peranti perdana terbaru Meizu MX5 semalam. Ia merupakan model terbaru bagi menggantikan Meizu MX4 yang diperkenalkan tahun lepas. Seperti pesaing terdekatnya Xiaomi, Meizu sudah terkenal dengan peranti perdana dengan harga yang lebih mampu milik. Begitu juga dengan spesifikasi Meizu MX5 yang dilihat agak baik dengan reka bentuk yang lebih premium. 

Jadi, apakah ciri-ciri baru yang terdapat pada Miezu MX5 ?. Seperti di poster pengenalan yang diumumkan baru-baru ini, Meizu MX5 hadir dengan “Full Metal Jacket” atau bahan binaan dari logam yang menunjukan peranti ini hadir dengan reka bentuk premium dan elagan. Ia hadir dengan skrin yang lebih besar berbanding model terdahulu dengn 5.5 inci yang hadir dengan resolusi HD 1080p. Di bahagian hadapan skrin juga dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 3 untuk mengelak dari retak dan pecah.

Untuk prestasinya, sudah tentu spesifikasi Meizu MX5 telah dikemaskini. Seperti desas-desus sebelum ini, Meizu MX5 dikuasai oleh cip Mediatek Helio X10 dengn 8-teras 2.2 Ghz yang hadir bersama enjin grafik PowerVR G6200. Telefon bimbit ini telah didatangkan dengan 3 variasi dengan memori dalaman yang berbeza iaitu 16 GB, 32 GB dan 64 GB. Ketiga tiga variasi ini tidak menyokong slot microSD dan ia hadir dengan 3 GB RAM.

Spesifikasi Meizu MX5 dan Harga

Untuk lensanya, Meizu menggunakan sensor IMX220 dari Sony dengan 20.7 Megapixel kamera yang dilengkapi dengan Dual LED flash, Laser autofokus serta menyokong rakaman video 4K. Di bahagian hadapannya pula, ia dipadankan dengan 5 Megapixel kamera.

Meizu telah memperkenalkan teknologi pengecasan yang baru untuk model ini. Ia dipanggil teknologi mCharge dimana ia berkebolehan mengecas sehingga 25% dalam masa hanya 10 minit. Miezu juga hadir dengan pengimbas cap jari bagi mengukuhkan lagi ciri ciri keselamatan pada peranti ini.

Semasa pelancaran juga, Meizu telah mengeluarkan senarai harga Meizu MX5 untuk pasaran. Untuk model 16 GB ia akan dijual pada harga USD290 (RM1089), model 32GB dengan harga USD322 (RM1209) serta model 64 GB pada harga USD387 (RM1449).

Spesifikasi Meizu MX5

  • Memiliki pemproses Mediatek MT6795 Octa-core 2.2 GHz dengan memori sistem 3 GB RAM
  • Skrin 5.5 inci dengan resolusi 1920 x 1080 Pixel
  • Ruang memori 16/32/64 GB namun tidak menyokong slot tambahan microSD
  • Kamera 20.7 Megapixel, Kamera selfie 5 Megapixel di bahagian hadapan
  • Pengimbas cap jari
  • Sambungan 4G LTE dan Dual SIM
  • Bateri Li-Ion 3150 mAh