Spesifikasi Microsoft Lumia 940 XLSalah satu gambar konsep Microsoft Lumia 940 XL

Sejak pengambilalihan peranti Lumia dari Nokia, Microsof lebih mengfokuskan pada peranti mampu milik dan pertengahan. Sehingga kini, Masih belum ada lagi peranti Lumia untuk kelas atasan dilancarkan dibawah jenama Microsoft. Namun sejak kebelakangan ini, desas-desus mengenai beberapa peranti kelas atasan Lumia mula kedengaran. Terbaru spesfikasi Microsoft Lumia 940 XL mula tertiris di laman ujian Benchmark. Ini bermakna, ia semakin hampir dengan tarikh pelancarannya. 

Sebelum ini, Microsoft dikatakan akan hadir dengan dua variasi Lumia 940 dan Lumia 940 XL dengan skrin yang lebih besar. Kedua-duanya merupakan peranti yang tersedia dipasang dengan Windows 10. Bagi yang masih belum tahu, Windows 10 akan dilancarkan secara rasmi pada 29 July ini.

Spesifikasi Microsoft Lumia 940 XLSpesifikasi Microsoft Lumia 940 XL yang tertiris di laman Benchmark

Mengenai spesifikasi Microsoft Lumia 940 XL yang tertiris, Lumia 940 dengan nama kod Nokia RM-1100 akan hadir dengan skrin sebesar 5.7 inci dengan resolusi Quad HD. Ia juga hadir dengan 17 Megapixel kamera utama dan 4.8 Megapixel kamera hadapan dengan sokongan rakaman video 4K. Namun desas-desus sebelum ini menyatakan peranti ini hadir dengan 20 Megapixel kamera dengan 5 Megapixel kamera selfie.

“Spesifikasi Microsoft Lumia 940 XL Bakal Hadir dengan 17 MP kamera, Skrin 5.7 Quad HD dan Pemproses Snapdragon 810”

Tentang prestasinya pula, Peranti perdana ini akan hadir dengan pemproses Snapdragon 810 dengan Octa-Core CPU. Ia juga dilengkapi dengan 1.5 GB RAM dan 16 GB memori dalaman. Lebih menarik lagi, ia juga dikatakan dilengkapi dengan USB-Type C dan pengimbas iris untuk pengesahan keselamatan.

Tentang tarikh prlancaran masih lagi belum diumumkan. Namun ia dijangka akan diperkenalkan selepas pelancaran Windows 10.