Spesifikasi OnePlus 2Spesifikasi OnePlus 2 dengan Skrin 5.5 Inci, USB Type C, 13 MP Kamera

Akhirnya, salah satu peranti yang akan menjadi persaingan utama peranti-peranti flagship telah dilancarkan iaitu OnePlus 2 yang dikatakan pesaing utama smartphone perdana pada tahun hadapan. 

Seperti Spesifikasi OnePlus 2 yang banyak didedahkan sebelum ini, peranti ini hadir dengan ciri-ciri premium serta rekaan yang eksklusif dengan pelbagai pilihan rekaan penutup belakang yang unik. Peranti ini hadir dengan pemproses 64-Bit Snapdragon 810 v2.1 Octa-Core 1.8 GHz dengan 4 GB RAM. Ia juga hadir dengan pilihan ruangan memori 64 GB dan juga 16 GB.

Terdapat beberapa perkara yang menjadikan peranti OnePlus 2 dikatakan sebagai “Killer” pada peranti-peranti flagship pada masa akan datang. Selain prestasinya, Spesifikasi OnePlus 2 juga hadir dengan USB Type C menggantikan microUSB untuk pengecasan dan penghantaran data. USB Type C merupakan kabel pelbagai arah dengan kebolehan menghantar data yang lebih pantas.

OnePlus 2 – 2016 Flagship Killer

OnePlus turut meningkatkan kualiti pengambaran yang terdapat pada model ke-2 mereka ini. Spesifikasi OnePlus 2 hadir dengan 13 Megapixel kamera, Dual LED Flash serta 6 elemen kanta yang terdapat padanya. Ia turut menyokong penstabilan imej optikal (OIS) dan juga Laser Autofokus seperti yang terdapat pada peranti flagship terbaru LG G4.

Selain itu, Pengimbas cap jari juga dianggap sebagai “Killer” yang terdapat pada peranti ini. Ia merupakan salah satu ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada OnePlus 2 bagi melindungi data-data pengguna.

Antara Ciri-ciri utama dan Spesifikasi OnePlus 2

Spesifikasi OnePlus 2

  • Pemproses 64-Bit Snapdragon 810 v2.1 dengan Octa-Core CPU
  • Adreno 430 GPU
  • Paparan 5.5-inci in-cell, 1080p
  • 13-Megapixel OIS F/2.0, Laser-Autofokus dan 5 Megapixel kamera hadapan
  • 4GB dan 3GB DDR4 RAM
  • 16GB dan 64GB storage
  • Pengimbas Cap Jari
  • USB Type-C
  • Bateri 3300mAh

Jadi, bilakah peranti ini mula dipasaran dan berapakah harganya?. OnePlus turut mendedahkan tentang harga OnePlus 2 pada pelancarannya hari ini. Ia akan dijual pada harga USD329 untuk model 16 GB/3 GB RAM dan USD389 untuk model 64GB/4 GB RAM. Kedua-dua model ini boleh didapati bermula 11 Ogos ini. Untuk pasaran Asia Tenggara pula berkemungkinan akan dipasarkan suku ke-4 tahun ini.