Spesifikasi Oppo R7Spesifikasi Oppo R7 Plus akan hadir dengn skrin lengkung 2.5D di bahagian sisi

Lagi 4 hari sahaja lagi Oppo akan memperkenalkan barisan peranti terbaru mereka Oppo R7 Plus dan Oppo R7 untuk pasaran Malaysia pada 7 July ini. Sehinggan kini harga Oppo R7 Plus masih belum didedahkan namun untuk pasaran global ia dijangka dipasarkan sekitar USD480 atau bersamaan dengan RM1740 manakala Oppo R7 pula berharga RM1440. Untuk harga rasmi untuk pasaran Malaysia terpaksalah kita menunggu pada 7 July ini. 

Mengenai spesifikasi Oppo R7 Plus, ia hadir dengan skrin sebesar 6.0 inci dengan resolusi HD penuh 1080p. Menariknya, paparannya hadir dengan lapisan lengkung 2.5D dibahagian sisi dengan bezel yang sangat nipis. Peranti ini juga membawakan pemproses Snapdragon 615 dengan kepantasan Octa-Core CPU yang turut dipadankan dengan 3 GB RAM.

Selain Spesifikasi Oppo R7 Plus yang dilihat agak hebat, Oppo R7 juga menawarkan kamera yang baik. Ia dilengkapi dengan Kamera 13 Megapixel lengkap dengan Phase Detection Autofokus, Dual-Led Flash serta sokongan rakaman video HD 1080p.

Baca juga Spesifikasi penuh untuk Oppo R7 Plus dan Oppo R7.

Bagi yang ingin mendapatkan peranti yang lebih kecil, Oppo Malaysia juga bakal melancarkan Oppo R7 yang memiliki spesifikasi yang hampir sama, namun memiliki skrin dan kapasiti bateri yang lebih kecil. Spesifikasi Oppo R7 hadir dengan skrin sebesar 5.0 inci dengan resolusi HD1080p, pemproses Qualcomm MSM8939 Snapdragon 615, 13 Megapixel kamera serta 2320 mAh bateri.

Tags