Spesifikasi Review dan Harga HTC One E9+Spesifikasi Review dan Harga HTC One E9+ di Malaysia

Selain Samsung Galaxy A8 yang diperkenalkan pada hari ini untuk pasaran Malaysia, HTC Malaysia juga turut mengambil kesempatan melancarkan peranti mereka iaitu HTC One E9+. Lebih menarik lagi kedua-duanya berada pada kelas yang sama, malah harganya juga tidak jauh beza dimana Samsung Galaxy A8 dijual pada harga RM1888 manakala HTC One E9+ beharga RM1899. 

Jika anda mencari peranti dengan resolusi kamera yang besar, paparan Quad HD yang jelas mungkin HTC One E9+ terbaik untuk anda. Samsung Galaxy A8 pula, memiliki kelebihan pada skrin yang besar serta sokongan pengimbas cap jari.

Harga HTC One E9+ Setimpal Dengan Spesifikasi Yang Ditawarkan. Dijual Sekitar RM1899

HTC One E9+ membawakan skrin sebesar 5.5 inci dengan resolusi yang agak tinggi 1440 x 2560 pixels atau lebih mudah dikenali sebagai paparan Quad HD. Skrin hadapannya juga mendapat perlindungan daripada Corning Gorilla Glass 4. Untuk prestasi pula, Peranti kelas pertengahan atas ini hadir dengan cip Mediatek MT6795M Octa-Core 2 GHz dengan gabungan 3 GB RAM dan 32 GB memori terbina. Sekiranya tidak mencukupi, HTC turut menyediakan slot tambahan sehingga 128 GB.

Telefon pintar yang tersedia dengan Android 5.0 Lollipop ini hadir dengan 20 Megapixel kamera yang menyokog rakaman video 2K. Di bahagian hadapan pula hadir dengan 13 Megapixel kamera untuk Selfie dan juga panggilan video.

Di Malaysia peranti ini boleh didapati mulai hari ini. Harga HTC One E9+ dijual sekitar RM1899 untuk model 32GB.

Spesifikasi HTC One E9+

Spesifikasi Review dan Harga HTC One E9+

  • Paparan 5.5-inci Quad HD dengan Corning Gorilla Glass 4
  • Pemproses Mediatek MT6795M Octa-Core 2 GHz
  • 3 GB RAM dengan 32GB Memori dan slot microSD sehingga 128 GB
  • kapasiti bateri Li-Ion 3050 mAh
  • kamera 20 Megapixel dengan rakaman video 2K
  • 13 Megapixel kamera hadapan
  • WiFi, Bluetooth, LTE, GPS and NFC
  • Android 5.0 Lollipop
  • Menyokong Dual SIM