Spesifikasi Review dan Harga LG G4Harga LG G4 di Malaysia RM2499 untuk versi Kulit

LG G4 mula di lancarkan pada April yang lalu dan merupakan peranti terulung dari LG. Ia menawarkan pelbagai perkara baru pada spesifikasi dan juga reka bentuk yang lebih premium dan bergaya dengan lapisan luar yang diperbuat dari kulit asli. Untuk pasaran Malaysia, LG baru sahaja melancarkannya untuk pasaran tempatan. Harga LG G4 dijual sekitar RM2499 di Malaysia untuk versi kulit asli. 

Sebenarnya, LG G4 memiliki dua versi iaitu versi penutup belakang dengan kulit asli dan juga versi pentup belakang dengan polycarbonate. Namun untuk pasaran Malaysia versi kulit asli dengan tiga pilihan warna hitam, coklat dan merah yang akan dipasaran tempatan.

Spesifikasi LG G4

LG G4 merupakan peranti yang hadir dengan skrin sebesar 5.5 inci dengan resolusi Quad-HD dengn teknoligi IPS Quantum yang menawarkan warna skrin yang menakjubkan dan skrin sentuh yang begitu responsif.

Prestasinya sudah tentu merupakan peranti terbaik keluaran LG. Ia menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 808 dengan keupayaan CPU 6 teras yang hadir bersama 3 GB RAM. Untuk peranti ini, LG menawarkan memori dalaman sebesar 32 GB serta menyokong slot memori tambahan sehingga 128 GB.

Spesifikasi Review dan Harga LG G4

Fungsi kamera merupakan salah satu kelebihan pada peranti ini. LG G4 membawakan 16 Megapixel dengan kanta F1.8 yang menawarkan kualiti gambar lebih baik dengan bokeh yang lebih menarik. Dibelakangnnya pula terdapat color spectrum sensor yang digunakan untuk menentukan keadaan cahaya sekeliling sebelum gambar diambil. Ia akan tetapkan aturan pencahayaan yang terbaik bagi menghasilkan gambar yang lebih semulajadi dan jelas.

Selain itu juga LG G4 hadir dengan Laser autofokus dan penstabilam imej optikal OIS versi kedua yang telah ditingkatkan bagi mengurangkan gegaran semasa mengambil gambar. Untuk golongan yang lebih profesional, LG menyediakan mod manual bagi menghasilkan gambar yang lebih unik serta sokongan format RAW untuk memudahkan suntingan akhir menggunakan komputer.

Kelebihan dan Kekurangan LG G4

Spesifikasi Review dan Harga LG G4

Ciri-Ciri Utama :

  • Memiliki pemproses Qualcomm Snapdragon 808 dengan memori sistem 3 GB RAM
  • Telah tersedia dipasang dengan platform terbaru Android 5.1 Lollipop
  • Skrin 5.5 inci dengan resolusi Quad-HD 1440 x 2560 pixels
  • Ruang memori 32 GB serta menyokong slot tambahan sehingga 128 GB
  • Kamera 13 Megapixel, Laser Autofocus, OIS
  • Kamera selfie 8 Megapixel di bahagian hadapan
  • Sambungan 4G LTE
  • Bateri Li-Ion 3000 mAh
  • Pengecas tanpa wayar

Kekurangan Utama :

  • Tiada sokongan Dual SIM

Harga LG G4 di Malaysia

Untuk pasaran Malaysia, Harga LG G4 ditawarkan pada harga RM2499 untuk versi kulit asli. Sebagai permulaan LG Malaysia menawarkan Leather Quick Cover Case dan Battery Charging Kit secara percuma yang terhad untuk pembeli terawal sahaja.

Untuk senarai harga LG terkini boleh merujuk di sini.

Tags