Versi dan Harga Windows 10 Versi dan Harga Windows 10 di Malaysia

Nampaknya pembangunan Windows 10 telah pon mencapai ke fasa akhir sebelum ia dilancarkan pada 29 July ini. Microsoft juga telah membuat persediaan untuk memperkenalkan Windows 10 Release To Manufacturing (RTM) pada penghujung minggu ini yang akan di hantar kepada pengeluar PC untuk penyesuaian perkakasan sebelum dipasarkan kepada pengguna.

Harga Windows 10 Di Malaysia

Sebelum ini, Microsoft telah mengumumkan kemas kini Windows 10 akan diberikan secara percuma untuk pengguna Windows 7 dan juga Windows 8.1. Namun, bagaimana pula untuk pengguna Windows XP dan Vista untuk menaik taraf ke Windows 10?. Begitu juga dengan pembangun PC sendiri yang ingin mendapatkan salinan Windows 10. Jadi berapakah harga Windows 10 yang ditawarkan Microsoft. 

Menurut Microsoft, Harga Windows 10 sama dengan harga Windows 8.1 yang ditawarkan sebelum ini. Untuk pasaran USA, Windows 8.1 Pro dijual sekitar USD199 manakala Windows 8.1 Home sekitar USD119. Cas sebanyak USD99 dikenakan untuk naik taraf dari versi Home kepada Pro.

Untuk pasaran Malaysia harga rasmi Windows 8.1 adalah RM550 manakala versi Pro dijual dengan harga RM880. Jadi kami menjangkakan Windows 10 akan dijual untuk harga yang sama untuk kedua-dua versi di pasaran Malaysia kelak.

Versi Windows 10 Yang Ditawarkan

Sebenarnya, untuk Windows 10 Microsoft telah menawarkan 4 versi seperti Windows 8.1 iaitu versi Home, Pro, Enterprise dan Education. Secara asasnya keempat-empat versi ini adalah sama. Bezanya ialah versi Pro, Enterprise dan Education memiliki kelebihan dalam pengurusan keselamatan yang lebih baik yang sesuai digunakan untuk perniagaan. Perbandingan yang lebih jelas boleh dilihat pada jadual dibawah.

Versi dan Harga Windows 10

Untuk perbandingan versi yang lebih menyeluruh boleh merujuk di laman Windows.

Untuk Windows 7 dan Windows 8.1, Microsoft juga telah memberi panduan versi kemaskini Windows 10. Sekiranya anda pengguna Windows 7 Starter, Windows 7 Home Basic, Windows 7 Home Premium dan Windows 8.1 anda akan menerima kemaskini Windows 10 Home Edition manakala pengguna Windows 7 Professional, Windows 7 Ultimate dan Windows 8.1 Pro akan menerima kemaskini Windows 10 Pro Edition pada 29 July ini.