marshAndroid M Kini Rasmi Dengan Nama Android 6.0 Marshmallow

Android 6.0 Marshmallow kini diperkenalkan secara rasmi bersama-sama SDK terbaru untuk pembangun aplikasi.

Baru dua hari lepas Google telah memberi sedikit petunjuk mengenai nama rasmi platform Android terkini melalui satu video yang diperkenalkan di Youtube. Hari ini secara rasminya Google telah memperkenalkan Android 6.0 Marshmallow yang merupakan versi akhir kepada Android M Developer Preview. 

Maskot terbaru Marshmallow juga dilihat telah diletakan di bagunan Android HQ di California. Selain itu, Google turut menperkenalkan Android 6.0 SDK untuk para pembangun aplikasi. Para pembangun boleh menguji kesesuaian aplikasi mereka pada platform baru ini sekaligus menerbitnya di Google Play.

Android 6.0 Marshmallow

Untuk pengguna Google Nexus 5, Nexus 6, Nexus 9 & Nexus Player sudah boleh memuat turun platform terbaru ini di peranti anda. Namun perlu diingat ianya masih lagi diperingkat Developer Preview. Untuk versi akhir ia dijangka diperkenalkan bersama-sama dua peranti Nexus yang baru yang dijangka pada bulan Oktober ini.

Sumber : Android