Apple iPhone 6C Gambar konsep Apple iPhone 6C

Apple iPhone 6C dijangka hadir pada Suku ke-2 tahun hadapan yang hadir dengan cip FinFET keluaran Samsung dan TSMC

Berita terbaru mengenai Apple iPhone 6C yang merupakan peranti kelas pertengahan dari Apple yang bakal menggantikan iPhone 5C. Ia merupakan peranti dari kerangka policarbonate dengan pelbagai warna bagi yang dijual lebih murah bagi memberi ruang lebih ramai pengguna menggunakan produk Apple. 

Menurut Digitimes, Apple tidak akan hadir peganti iPhone 5C pada tahub ini. Sebaliknya ia dijangka dilancarkan pada suku ke-2 pada tahun hadapan. Menurut sumber juga, Apple iPhone 6C bakal hadir dengan Cip FinFET yang dikeluarkan oleh Samsung dan TSMC.

Selain itu, Apple iPhone 6C akan hadir dengan kapasiti bateri yang lebih besar dari model terdahulu. Ia dipadankan dengan 1715mAh bateri namun lebih kecil dari iPhone 6 dengan 1810mAh. Untuk model baru ini, sudah tentunya akan hadir dengan Touch ID dan NFC yang digunakan pada Apple Pay.

Lain-lain spesifikasi masih lagi menjadi tanda tanya. Teruskan bersama kami untuk mengetahui lebih banyak berita mengenai Apple iPhone 6C.