Apple iPhone 6SSalah Satu Gambar Konsep Apple iPhone yang baru

Seperti biasa, Apple akan mengadakan satu majlis khas pada bulan September ini. Ia merupakan acara tahunan bagi memperkenalkan produk-produk terbaru pada umum dan bulan September atau Oktober menjadi pilihan setiap tahun. 

Untuk tahun ini, Appli dijangka akan mengadakannya pada 9 September 2015. Walaupon masih lagi belum ada pengumuman rasmi, namun beberapa laporan di media internet seolah-olah pasti dengan tarikh tersebut.

Apple iPhone 6S, iPhone 6S Plus, iPad Pro, iPad Air 3, iPad Mini 4 dan Apple TV

Jadi, peranti apakah yang akan hadir pada 9 September ini?. Kita telah tahu tiada Apple iPhone 6C pada tahun ini memandangkan ia akan diperkenalkan pada suku ke-2 tahun hadapan. Jadi, untuk tahun ini berkemungkinan Apple akan membawakan peranti penambahbaikan kepada iPhone 6 dan iPhone 6 Plus yang mungkin akan dinamakan sebagai Apple iPhone 6S dan Apple iPhone 6S Plus.

Sedikit desas-desus mengenai spesifikasi Apple iPhone 6S dan Apple iPhone 6S Plus dimana kedua-duanya akan hadir dengan 12 Megapixel kamera, Pemproses Apple A9, 2 GB RAM, 5 Megapixel kamera hadapan. Bezanya ialah iPhone 6S Plus hadir dengan 5.5 inci dengan resolusi HD 1080p manakala satu lagi model hadir dengan 4.7 inci dengan resolusi 750 x 1334 pixels.

Selain dari iPhone, Apple juga akan memperkenalkan iPad yang baru dinamakan sebagi iPad Pro dengan spesifikasi yang lebih tinggi. Apple juga dijangka akan hadir dengan kemaskini iPad yang lain termasuk iPad Air 3 dan iPad Mini 4.

Terakhir, produk Apple TV juga akan dinaik taraf pada tahun ini dengan kebolehan paparan 4K. Lain-lain spesifikasi masih lagi belum banyak didedahkan. Mungkin kita perlu menyaksikan sendiri pelancaran produk Apple secara lansung 9 September ini.

Tags