LG Nexus 5 (2015) Gambar yang dikatakan LG Nexus 5 (2015)

Gambar yang dikatakan LG Nexus 5 (2015) telah tertiris di internet dengan penutup warna putih, Dual-LED Flash dan Laser Autofokus.

Sebelum ini Google dikatakan sedang berkerjasama dengan LG dan Huawei bagi membangunkan peranti Nexus. Huawei akan menghasilkan peranti 5.7 inci bagi menggantikan Nexus 6 manakala LG pula bakal menggeluarkan peranti 5.2 inci untuk menggantikan Nexus 5 yang lama. Terbaru, satu gambar telah tertiris di internet yang mennunjukan model LG Nexus 5 yang baru.

Gambar menunjukan bahagian belakang peranti tersebut yang berwarna putih, Terdapat satu bulatan dibawah kamera yang berkemungkinan akan dilekatkan dengan logo LG kelak. Gambar turut menunjukan Dual-LED Flash dan juga Laser Autofokus di sebelah kamera. Gambar yang tertiris ini juga padan dengan satu video di Youtube yang menunjukan keseluruhan bahagian peranti Nexus yang baru ini.

Video LG Nexus 5 (2015) yang tertiris sebelum ini

Mengenai spesifikasi pula, LG Nexus 5 (2015) dikatakan akan hadir dengan skrin sebesar 5.2 inci, pembesar suara di bahagian hadapan, pengimbas cap jari, dan sambungan USB Type-C yang baru. Untuk pelancarnnya pula sudah tentu ia akan diperkenalkan bersama Android M kelak.

Sumber : MKBHD