Ciri-Ciri Baru pada MiUi 7Xiaomi Mendedahkan Ciri-Ciri Baru pada MiUi 7

Xiaomi hari ini telah melancarkan secara rasmi ROM terbaru MiUi 7 di peringkat Global. Versi Beta boleh dimuat turun bermula 24 Ogos.

Minggu lapas Xiaomi telah melancarkan ROM terbaru mereka yang dinamakan MiUi 7 yang diperkenalkan bersama peranti baru Xiaomi Redmi Note 2 pada satu majlis khas yang diadakan di China. Semasa pelancaran, pihak Xiaomi tidak memberi secara terperinci mengenai ciri-ciri baru yang terdapat pada MiUi 7. 

Pada hari ini, berlansungnya pelancaran MiUi 7 secara rasmi diperingkat global. Mereka juga turut mendedahkan ciri-ciri khas yang terdapat pada MiUi 7 yang dikatakan lebih baik dari segi prestasi, penjimatan bateri, antara muka yang lebih cantik serta pelbagai fungsi tambahan berbading platform Android 5.1 sedia ada.

Antara ciri-ciri terbaru MiUi 7 boleh merujuk di bawah:-

Ciri-Ciri Baru pada MiUi 7

  1. Pilihan tema yang lebih pelbagai mengikut citrarasa dan jantina serta membenarkan anda mungubah saiz tulisan yang lebih besar untuk memudahkan pembacaan.
  2. MiUi 7 memberikan penjimatan bateri yang lebih baik sehingga 25% penjimatan.
  3. Prestasinya juga dikatakan 30% lebih pantas dari ROM sebelumnya.
  4. Xiaomi turut memperkenalkan Baby Album bagi menyusun serta mengesan gambar-gambar bayi secara automatik.
  5. Selain Baby Album, Xiaomi turut menydiakan Album gambar khas untuk peminat haiwan.
  6. Anda juga boleh meletakkan video sebagai video latar pada kenalan. Video akan dimainkan apabila kenalan membuat panggilan. Fungsi ini dinamakan Showtime.
  7. Pengguna juga boleh menyekat aplikasi-aplikasi tertentu dari kanak-kanak dengan adanya fungsi Child Mode.
  8. MiUi 7 berkerjasama dengan Opera Max untuk menawarkan servis penjimatan data sehingga 50%.
  9. Auto DND merupakan fungsi khas yang boleh disambung ke Mi Band bagi membantu tidur yang lebih sempurna tanpa ganguan dari peranti anda.

Untuk penguna-penguna peranti Xiaomi yang menyokong versi Beta MiUi boleh mencubanya pada bermula 24 Ogos ini.

Sumber : Xiaomi

Tags