Dapatkan OnePlus 2 Dari MaxisOnePlus 2 Pesaing Peranti Perdana 2016

Pendaftaran untuk dapatkan OnePlus 2 dari Maxis telah di buka. Jadi orang yang pertama memiliki OnePlus 2 di Malaysia.

Sebelum ini, Maxis telah memeberitahu bahawa mereka akan cuba menjadi yang terawal membawa masuk peranti OnePlus 2 untuk pasaran Malaysia. Kini, setelah sebulan OnePlus 2 diperkenalkan, Maxis mula menjemput pendaftaran minat bagi yang ingin memiliki OnePlus 2 dari mereka. Sebarang harga dan pakej yang ditawarkan juga masih lagi belum didedahkan. Namun versi import telah dijual dipasaran tempatan dengan harga sekitar RM1900. 

Sedikit mengenai spesifikasi OnePlus 2 yang merupakan perani antara terawal yang menggunakan port USB Type-C dengan kebolehan sambungan dua hala serta penghantaran data yang lebih pantas. OnePlus 2 juga dikatakan peranti “2016 Flagship Killer” dengan spesifikasi tinggi serta sudah tentunya pada harga yang jauh lebih murah berbanding pesaingnya.

Dapatkan OnePlus 2 Dari Maxis

OnePlus 2 membawakan skrin sebesar 5.5 inci dengsn resolusi HD108p. Skrinnya juga mendapat perlindungan dari Corning Gorilla Glass 4. Prestasinya juga sentiasa berada di atas dengan menggunakan cip Qualcomm MSM8994 Snapdragon 810 dengan kepantasan CPU 8-Teras. Ia tidak menawarkan slot tambahan microSD sebaliknya hanya memiliki dua pilihan memori dalaman 16 GB dan 64 GB.

Selain itu, OnePlus 2 membawakan lensa 13 Megapixel kamera dengan sensor 1/2.6″ OmniVision. Seperti kebanyakan peranti perdana yang lain, peranti ini juga hadir dengan penstabilan imej OIS, Laser Autofokus dan Dual-LED Flash. Di bahagian hadapannya pula hadir dengan 5 Megapixel.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan peranti OnePlus 2 dari Maxis boleh mendaftar di laman rasmi Maxis.