Kemas Kini Windows RT Kemas Kini Windows RT Akan Hadir September Ini

Microsoft dijangka akan mengeluarkan kemas kini Windows RT pada bulan September ini

29 July yang lalu pengguna-pengguna Windows 7 dan Windows 8.1 telah menerima kemaskini Windows 10 yang boleh dimuat turun secara percuma. Namun untuk pengguna Windows RT di lihat agak kecewa oleh kerana peranti mereka tidak menyokong Windows 10. Tidak dinafikan Windows RT kini dilihat seolah-olah sudah mati oleh kerana kebanyakan pengeluar peranti mudah alih lebih memilih menggunakan Windows 8.1 sebelum ini.

Walaubagaimanapon, Microsoft dilihat tidak mengabaikan platform yang dilancarkan 3 tahun yang lalu itu. Menurut Microsoft, mereka akan mengeluarkan kemas kini Windows RT terbaru pada bulan hadapan. Ianya bukanlah naik taraf ke Windows 10 sebaliknya merupakan kemas kini minor seperti mengembalikan Start Menu, Lock Screen yang dikemaskini dan sebagainya. Mungkin mereka akan bawakan antaramuka seolah-olah Tablet Mode yang terdapat pada Windows 10 untuk kemaskini kali ini.

Buat masa ini, Microsoft belum mendedahkan tarikh rasmi untuk pengeluaran kemas kini Windows RT. Untuk pengguna Surface RT, Tablet Lumia dan kesemua tablet yang menggunakan Windows RT boleh menantikan kemaskini ini hadir untuk tablet anda tidak lama lagi.

Sumber : WinBeta