Huawei Nexus 6 Gambar Huawei Nexus 6 Pula Tertiris di Internet

Spesifikasi Huawei Nexus 6 dikatakan hadir dengan skrin Quad HD sebesar 5.7 inci, Pengimbas Cap Jari, Port USB Type-C dan sebaginya.

Seperti yang kita tahu pada tahun ini Google akan memperkenalkan dua peranti Nexus iaitu LG Nexus 5 yang baru serta Huawei Nexus 6 yang akan menggantikan Motorola Nexus 6 yang diperkenalkan tahun lepas. Kedua-dua peranti ini akan diperkenalkan bersama Android 6.0 Marshmallow tidak lama lagi. 

Sebelum ini kita telah lihat beberapa gambar LG Nexus 5 (2015) yang tertiris di media dan hari ini peranti Nexus dari Huawei ini pula yang tertiris. Dari gambar yang tertiris dilihat peranti Huawei Nexus yang hadir dengan skrin sebesar 5.7 inci. Rekaannya agak unik dagan garisan hitam di bahagian belakang yang disertakan dengan kamera dan flash. Manakala di bahagian hadapan pula dapat dilihat dengan jelas kehadiran Dual Speaker dengan bezel kiri dan kanan yang agak nipis.

Huawei Nexus 6 Bahagian hadapan hadir dengan Dual Speaker

Seperti desas-desus sebelum ini, Huawei Nexus 6 akan hadir dengan skrin sebesar 5.7 inci dengan paparan Quad HD. Ia juga akan bawakan pengimbas cap jari di bahagian belakang dan port USB Type C yang baru. Lain-lain spesifikasi masih lagi belum dipastikan.

Kedua-dua peranti Nexus ini dijangka akan diperkenalkan pada bulan Oktober ini bersama Android 6.0 Marshmallo.

Sumber : Engadged