Cortana Untuk Android Gantikan Google Now Dengan Cortana Pada Peranti Android

Cortana Untuk Android Dikemaskini, Kini Anda Boleh Gantikan Google Now Pada Butang Pintas Home Dengan Cortana

Cortana merupakan pembantu peribadi digital dari Microsoft seperti Google Now yang terdapat pada peranti Android dan Siri pada produk Apple. Kelebihan Cortana ialah ia memiliki suara wanita yang lebih natural dengan kemampuan yang lebih baik setelah ianya dicuba pada Windows 10.

Untuk peranti Android pula, ia telah diperkenalkan sebulan yang lalu. Namun masih lagi di peringkat percubaan atau Beta yang hanya terbuka untuk pengguna Amarika.

Kini kemaskini terbaru untuk Android dilihat lebih stabil dengan penambahan beberapa fungsi. Untuk versi 1.0.0.204 ini, anda boleh menetapkan samaada menggunakan Google Now atau Cortana ketika memanggil Google Now dengan cara menekan lama pada butang Home. Namun fungsi aktiv suara “Hey Cortana” masih lagi belum boleh digunakan untuk versi Android.

Sumber : Microsoft News

Tags