Google OnHub wifi router Google Melancarkan OnHub Wifi Router

Google dan TP-Link berkerjasama bagi menghasilkan Wifi Router terbaik tanpa ganguan. Dengan itu Google OnHub diperkenalkan.

Pemilihan Wifi Router yang baik sangat penting bagi memastikan talian internet tidak terputus terutamanya ketika melakukan sesuatu yang mustahak. Dengan itu, Google telah berkerjasama dengan TP-Link yang merupakan jenama pengeluar modem dan Wifi Router yang terkenal. Google dan rakan kerjasamanya itu telah melancarkan Wifi Router yang dinamakan Google OnHub.

Google OnHub direka khas untuk kegunaan didalam rumah tanpa memerlukan aturan yang rumit kitika memasangnya. Reka bentuknya agak unik jika dibandingkan dengan Wifi Router yang dijual di pasaran sekarang. Ia berbentuk silinder dan memiliki gelang lampu penunjuk diatasnya serta tanpa memiliki sebarang antena. Ia juga hadir dengan dua pilihan warna hitam dan biru.

Google OnHub Wifi Router

Untuk spesifikasinya, ia akan dipasarkan sebagai router AC 1900 dengan kadar data 1300Mbps pada link 802.11ac dan 600Mbps pada link 802.11n. Ia juga menyokong kebanyakan protokol utama termasuk Bluetooth Smart, Google Brillo/Weave, dan IEEE 802.15. Bagi harganya pula Google OnHub dijual sekitar USD199 atau RM750 untuk pasaran US dan Kanada bermula minggu hadapan.

Sumber : Google